Ijat dan Chibi bermain dengan begitu cemerlang sekali, 2-0 ke atas Red Esports

Pasukan Red Esports memiliki rekod yang baik setakat minggu kedua dan pertama, mereka hanya tewas di tangan team bosskurr 0-2. Homebois juga tidak terkecuali.

PERLAWANAN PERTAMA

Pasukan Homebois menggunakan draft yang kurang menyengat di awal permainan, pasukan Red Esports mendahului mereka pada minit awal permainan.  

Homebois berjaya bertahan ke fasa mid game, mereka bermain dengan begitu berdisiplin sementara menunggu Chibi mendapatkan barang core beliau. Eren seringkali dikunci oleh Irfan untuk mengagalkan beliau mengeluarkan shadow kill di dalam pertarungan.

Red Esports tidak mampu bertahan begitu lama, perlawanan demi perlawanan dimenangi pasukan Homebois yang sudah kuat untuk menamatkan perlawanan.

Sudah tentu gelaran MVP diberikan kepada Chibi, beliau bermain dengan begitu sabar dan menunggu barang core untuk siap dan menyertai pasukannya di dalam pertarungan.

PERLAWANAN KEDUA

Kedua-dua pasukan kali ini seri pada peringkat awal permainan, dari segi kill dan gold yang dipungut. Kesilapan demi kesilapan terus dilakukan oleh pasukan Red Esports pada minit ke-5. Seorang demi seorang masuk ke dalam pertarungan dan tidak bergerak sebagai satu pasukan.

Red Esports membuat comeback apabila pasukan Homebois cuba pushing di bahagian lane atas base mereka. Mereka berjaya mendapatkan Lord selepas menumbangkan 4 ahli pasukan Homebois. Mal melakukan kesilapan pada minit ke-13 ketika ingin mendapatkan purple buff walaupun dikepung pasukan Homebois. Homebois mengambil kunci kemenangan itu untuk menamatkan permainan.

Ijat berjaya mendapatkan gelaran MVP kali ini, beliau bermain dengan begitu baik sekali. Ling tidak mampu untuk bergerak selepas dikunci oleh Ijat, memberikan ruang kepada pasukannya untuk memberikan damage

RELATED NEWS

+