IKEA umum kedai virtual di Roblox dengan staf yang dibayar RM79 sejam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

IKEA di UK dan Ireland baru-baru ini mengumumkan mereka bakal membuka cawangan IKEA di dalam Roblox dan pekerja-pekerja dalam permainan itu akan dibayar seperti staf biasa.

Sesi temuduga formal juga akan diadakan untuk menjamin calon terbaik yang akan bekerja di cawangan Roblox itu.

Ini bukan pertama kali sesebuah syarikat membuka kedai di Roblox di mana sebelum ini Walmart pernah melakukannya dan setiap pembelian di dalam Roblox akan dihantar terus ke rumah anda.

IKEA-roblox-map

“Kedai virtual ini akan memberi peluang untuk orang ramai berada di dalam dunia pekerjaan IKEA. Staf yang bekerja juga akan dibayar,” ujar IKEA.

Screenshot of the IKEA Roblox game depicting a customer in a Panda head outfit asking to order a hot dog at the Bistro

Seramai 10 orang pekerja bakal diambil untuk bekerja di stor Roblox ini dan mereka juga berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat atau berpindah ke jabatan lain.

Setiap pekerja akan dibayar sebanyak AS$16.81 sejam (RM79) sama seperti bayaran pekerja IKEA di London.

Tawaran pekerjaan ini akan dibuka pada 16 Jun dan kedai IKEA Roblox ini dijangka akan dilancarkan pada 24 Jun ini.

TAGS

RELATED NEWS

+