Iklan Genshin Impact masuk TV3 bersempena sambutan ulangtahun pertama

MiHoYo bekerjasama dengan TV3 untuk memaparkan iklan Genshin Impact di kaca televisyen.

Di dalam trailer itu terdapat tiga karakter baru iaitu Kokomi, Kujou Sara dan Raiden Shogun bagi mempromosikan negara baru iaitu Inazuma yang berlatar belakangkan Jepun.

Apa yang lebih menakjubkan iklan itu menggunakan pelakon suara dari Malaysia sendiri!

“Hukuman Lautan!” – Kokomi

“Serang!” – Kujou Sara

“Musnahkan semua” – Raiden Shogun

Sebenarnya ini bukan pertama kali Genshin Impact membuat kemunculan di kaca televisyen Malaysia.

Walaupun bukan iklan tetapi pada Tahun Baru Cina lepas, RTM menggunakan lagu Liyue Battle Theme Song untuk video Tahun Baru Cina mereka.

Mungkin kita akan lihat lebih banyak permainan video dari luar akan membuat iklan di beberapa siaran televisyen di Malaysia nanti.

Anda boleh muat turun Genshin Impact secara percuma di iOS dan juga Android.

RELATED NEWS

+