Iklan Palsu PlayStation 5 Tular, Menerima Reaksi Yang Baik Daripada Komuniti

Perasan tak baru-baru ni dekat media sosial korang, ada satu iklan untuk konsep PlayStation 5 dengan siap rekaan, port dan sebagainya?

Video itu yang dibuat oleh GameParody sebenarnya bukanlah rasmi tapi hanya konsep. Bagaimanapun, ia dah pun tular dan komuniti gaming sibuk bercakap tentangnya.

Dalam video itu, ia bermula dengan sistem PlayStation 5 palsu, sebelum lagu mula dimainkan dan kemudian kita lihat rekaannya dengan sokongan 4K.

Kemudian, ada pula aksesori termasuk PlayStation VR (yang dikhabarkan akan dimasukkan sekali ke dalam pakej), dan juga dengan komponen Dual Shock 5 yang boleh ditanggalkan, satu konsep yang sudah dicadangkan pada masa lalu tapi belum disahkan.

Ada juga fungsi lain macam sensor sentuh, satu stand untuk ‘pegang’ telefon pintar dan keupayaan untuk main dalam mod berbeza dan macam-macam lagi.

Walaupun ia macam mustahil nak direalisasikan, GameParody menerima likes begitu banyak untuk video itu, sehingga 200,000. 

PS5 tak mempunyai tarikh rasmi tapi khabar angin mengatakan ia akan dilancarkan pada 2020-2021

RELATED NEWS

+