Ikon Twitch Malaysia ini menganjurkan stream mencari pasangan gamer

Streamer Twitch tempatan Kate, atau @iamafriedegg, bermula di platform streaming Twitch pada awal tahun ini dan biasanya memainkan Apex Legends.

Tetapi baru-baru ini Kate mahu mencuba kandungan yang lebih interaktif. Kate tercetusnya idea Subtle Eggsian Dating (SED) ketika beliau dan penontonnya melihat laman Facebook terkenal, Subtle Asian Dating (SAD)

Kate berkata kepada media tempatan, Juice, bahawa beliau ingin membangunkan sebuah platform seperti SAD, tetapi ingin menerapkan elemen gaming.

Beliau juga berkata bahawa ia mewujudkan persekitaran yang selesa untuk mengenali rakan-rakan baharu, lalu menjadikannya lebih selamat dan lebih mudah didekati.

“Dengan minat sama dalam permainan atau streaming, kumpulan single ini akan dapat berhubung secara semula jadi antara satu sama lain, dalam dan di luar streanm, atau dalam permainan dan di luar permainan!,” tambah Kate.

Asal Usul SED

Kate menerangkan yang idea ini bermula sebagai gurauan antaranya dan penonton Twitchnya. Beliau menayangkan slide PowerPoint dan beberapa penonton dalam ruangan chat mendorongnya untuk memasukkan perinciannya pada slaid mock-up profil dating nya.

Susulan itu, terdapat lebih daripada 50 peserta dan profil streamer pada slaid PowerPoint, dengan lebih banyak lagi yang bakal sertai SED.

Semasa stream SED yang dianjurkan Kate, beliau akan meneliti slaid untuk menunjukkan profil peserta, membiarkan mereka yang berminat untuk ‘mensasarkan’ rakan berpotensi melalui pengukuran kimia antara peserta dalam ruangan chat.

“Komuniti kami akan menayangkan pelbagai stream berkaitan dengan dating dan hubungan hanya untuk mengambil kesempatan tema yang menarik untuk diikuti; Sebuah perubahan yang menyegarkan dari stream permainan biasa kami. 

Masa Depan SED

Dari segi pertumbuhan, SED sebenarnya mendapat tajaan dari jenama-jenama yang dikenali seperti Prodigy Chairs, jenama kerusi permainan, dan Nitro Tech, sebuah kedai komputer.

Sejak memulakan Twitch, Kate memperoleh lebih daripada 1.6k pengikut dan kini mempunyai lebih dari seribu pelanggan aktif. Tidak perlu dikatakan, SED membuat banyak orang terpikat.

@juice.my

Forget Tinder, Twitch is where it’s at 🥵 Follow @/iamafriedegg on Twitch to follow the series! #twitchmalaysia #malaysiastreamer #streamermalaysia #fypシ #newsattiktok #beritatiktok #tindertok #bumble #gamingmalaysia #subtleasiandating

♬ Coconut Mall (From “Mario Kart Wii”) – Arcade Player

Kate juga berkata bahawa pertolongan yang beliau dapat dari streamer lain yang juga adalah sebahagian daripada proses pembangunan.

Walaupun SED pada dasarnya adalah sebuah stream mencari pasangan gamer, komuniti Twitch sebenarnya hanya membuat hubungan dalam persekitaran yang selamat dan menyokong sambil menghasilkan kandungan yang sihat.

“Matlamat peribadi saya adalah untuk melihat pasangan atau dua orang jatuh cinta melalui SED,” kata Kate.

“Saya juga berharap agar streamer yang lebih kecil seperti saya dapat melihat peningkatan dalam views melalui pendedahan ini dan untuk kita menjalin hubungan baru dalam komuniti permainan.”

Mempunyai harapan yang tinggi, Kate berkata, ‘Kami berharap gembar-gembur dan minat terhadap SED terus berkembang dan kami ingin melihat SED musim 2 atau sebuah komuniti terhasil dari ini!’

RELATED NEWS

+