Immortals Fenyx Rising ibarat Breath of the Wild digabungkan dengan mitos Yunani

Di acara Ubisoft Forward yang berlangsung pada awal pagi hari ini, Ubisoft mempertunjukkan satu trailer baharu untuk Immortals Fenyx Rising. Trailer ini menunjukkan lebih banyak maklumat mengenai permainan dan naratif judul tersebut.

Dalam permainan ini, pemain akan mengawal seorang watak yang diberi gelaran Fenyx dan perlu menewaskan pelbagai raksasa-raksasa mitos Yunani untuk menyelamatkan dunia.

Dari segi permainan, Immortals Fenyx Rising nampaknya mempunyai beberapa persamaan dengan permainan popular The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Ia juga mempunyai seni grafik yang agak mirip dengan judul tersebut.

Ia akan dilancarkan pada 3 Disember tahun ini di PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, Xbox Series X, Nintendo Switchm dan Google Stadia.

Sebelum ini, Immortals Fenyx Rising diberi tajuk Gods and Monsters. Scott Phillips, Pengarah permainan ini, menyatakan bahawa pertukaran tajuk ini dibuat untuk menunjukkan bahawa naratif permainan ini memberi fokus kepada watak Fenyx.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+