“Impian saya dan V33 adalah untuk memulakan perniagaan.” – Wise

Pemain dari pasukan Blacklist International ini seringkali menggegarkan pentas arena kompetitif Mobile Legends bersama rakannya iaitu Wise. 

Duo terhebat ini menjadi kunci utama untuk pasukan Blacklist International menjadi juara MPL PH 2 kali berturut-turut serta juara Kejohanan Dunia M3 sebelum ini.

Di dalam temubual ekslusif bersama ONE Esports kali ini, Wise menceritakan sasaran yang dia mahu capai ketika menjadi pemain profesional sekarang dan juga apa yang akan dia lakukan ketika sudah bersara dari arena kompetitif.

“Saya ingin mencapai status, di mana meskipun saya sudah tidak lagi menjadi pilihan sebagai pemain profesional, saya masih ingin meneruskan kerjaya. Tujuan saya adalah untuk menceburi bidang perniagaan atau membuat merchandise V33wise,” ujar Wise dalam temubual eksklusif bersama ONE Esports.

“Perkara itu benar-benar menjadi tujuan kami. Namun untuk sekarang, apa yang saya dan V33 sasarkan hanyalah melakukan penstriman dan selepas itu berehat. Kemudian kami akan kembali untuk MPL PH musim ke-10,” tambahnya lagi.

Wise juga menjadikan Tryke Gutierrez sebagai pemancu impian dia apabila menceburi bidang perniagaan. 

“Bagi saya, inspirasi saya adalah Boss Tryke, kerana sebelum ini dia adalah seorang shoutcaster dan sekarang dia memiliki syarikat sendiri seperti Tier One.

“Jadi impian saya dan V33 adalah untuk berada di level yang sama dengan Boss Tryke dan Boss Alodia jika kami cukup beruntung,” akhirinya.

Sumber: ONE Esports

 

RELATED NEWS

+