Impunity KH adalah juara MPL KH S2

MPL Kemboja kini sudah memasuki musim kedua. Pasukan Impunity KH berjaya bergelar juara untuk musim kali ini.

Mereka berhadapan dengan pasukan kejohanan dunia M3, SeeYouSoon dan mendapat kemenangan bersih dengan skor 3-0.

Kedua-dua pasukan ini akan menjadi wakil negara mereka bagi menyertai Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 nanti.

Masih ada dua negara iaitu Filipina dan juga Singapura yang masih belum tamat MPL mereka.

MSC 2022 menawarkan hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.26 juta), dua kali ganda prizepool berbanding tahun lalu.

Ia adalah kejohanan offline pertama bagi MSC tahun ini selepas diadakan secara maya pada tahun lalu.

Ini adalah senarai 12 negara yang akan menyertai:

  • Indonesia (juara dan naib juara MPL ID S9)
  • Filipina (juara dan naib juara MPL PH S9)
  • Malaysia (juara dan naib juara MPL MY S9)
  • Singapura (juara dan naib juara MPL SG S3)
  • Kemboja (juara dan naib juara 2022 Spring Split)
  • Myanmar (juara pusingan kelayakan)
  • Laos, Vietnam dan Thailand (juara daripada kelayakan dari tiga negara ini)

Pada 2017, ia diadakan secara offline di Jakarta, diikuti Manila Filipina.

Kejohanan ini bakal menyaksikan pasukan MLBB terbaik di Asia Tenggara berentap.

Pada tahun lalu, MSC 2021 mencatatkan 2.28 juta tontonan serentak dan 32 juta tontonan keseluruhan menurut Esports Chart.

Foto: Northkingkh

RELATED NEWS

+