"> " /> " />

Indonesia bolot dua kemenangan di PVP Esports Community Championships

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Super Gamer Fest 2020 adalah satu acara e-sukan yang sangat meriah di mana skuad negara, UiTM Vendetta bertanding untuk Mobile Legends kategori kampus PVP Esports Community Championships Musim Kedua.

Walaupun UiTM Vendetta berpuas hati di tempat keempat, mereka sudah lakukan yang terbaik untuk Malaysia untuk sampai ke tahap itu, berjaya menewaskan Indonesia dalam satu perlawanan sekali gus mendapat skor 1-1 di pusingan Round Robin.

Secara keseluruhannya, Indonesia harus berbangga dengan tanda pagar #IndoPride mereka apabila skuad HFX Elite Pro dan Gunadarma Tinfor (kampus) berjaya memenangi kategori terbuka dan kampus peringkat serantau.

Mereka berjaya bawa pulang RM18,000 setiap pasukan sebagai juara dua kategori tersebut.

Di peringkat kampus, Indonesia menunjukkan dominasi mereka dalam arena Mobile Legends apabila berjaya menundukkan Singapura (juara bertahan) dan Filipina. “Kami teruja dengan kemenangan ini dan berharap pemain MLBB dapat melihat Indonesia sebagai jaguh,” kata pasukan Gunadarma Tinfor.

Walaupun aktiviti e-sukan sudah berakhir, jangan lupa untuk saksikan minggu kedua SuperGamerFest 2020 pada 11 hingga 13 Disember ini yang mana kategori terbuka dan kampus untuk VALORANT akan ditemukan.

Selain itu akan ada temubual eksklusif bersama pasukan pro Dota 2, OG dan CEO Team Secret, John Yao serta pelumba F1, Alex Albon.

Super Gamer fest 2020 dibawakan oleh PVP Esports dan dikuasakan oleh Singtel dan Globe. Ia disokong oleh AIS, Dunia Games, MaxStream, EPOS Audio, Xtrfy, Huawei, Royal Ergonomics, Redbull, Twitch dan Ebenex Live.

 

RELATED NEWS

+