“Indonesia lebih kuat dari Filipina di Sukan SEA.” – EVOS Rekt

Pemain EVOS Legends iaitu Rekt menyatakan bahawa pasukan terkuat di Scrim ketika ini adalah RSG PH.

Dia membuat kenyataan itu ketika melakukan streaming bersama Oura dan juga Wannn.

Selepas menonton video video Z4pnu, Oura menanyakan pasukan Filipina terkuat ketika scrim. Rekt menjawab soalan itu dengan berkata Indonesia lebih kuat untuk Sukan SEA.

“Pasukan yang paling kuat di scrim? RSG PH. Akan tetapi kalau dibandingkan dengan pasukan Indonesia di Sukan SEA.

“Indonesia adalah lebih kuat sekiranya melawan pasukan Filipina. Akan tetapi kalau mereka lawan RSG boleh dikatakan 50-50,” ujarnya.

Rekt juga menjelaskan kepada Oura bahwa pasukan Filipina hanya diperkuatkan oleh tiga pemain Blacklist International iaitu OHMYV33NUS, Wise, dan Hadji.

Dua baki pemain lagi hanya rekrut dari umum yang berjaya ketika fasa pemilihan dari pasukan Blacklist International.

Sumber: ONE Esports

 

 

RELATED NEWS

+