Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menyekat Temu, aplikasi e-dagang popular dari China, kerana harga barang yang terlalu rendah dan boleh menjejaskan perniagaan kecil tempatan. "> Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menyekat Temu, aplikasi e-dagang popular dari China, kerana harga barang yang terlalu rendah dan boleh menjejaskan perniagaan kecil tempatan. " /> Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menyekat Temu, aplikasi e-dagang popular dari China, kerana harga barang yang terlalu rendah dan boleh menjejaskan perniagaan kecil tempatan. " />

Indonesia mahu halang aplikasi Temu kerana harga barang terlalu murah

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menyekat Temu, aplikasi e-dagang popular dari China, kerana harga barang yang terlalu rendah dan boleh menjejaskan perniagaan kecil tempatan. 

Menurut Menteri Komunikasi, Budi Arie Setiadi, mereka sudah meminta Google dan Apple untuk menarik balik aplikasi ini dari app store di Indonesia pada 11 Oktober.

Walaupun belum ada statistik jelas yang rakyat Indonesia membeli dari Temu, kerajaan mahu bertindak awal bagi melindungi peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang mungkin terjejas.

Temu terkenal dengan model perniagaan yang menghubungkan pelanggan terus dengan kilang di China, menyebabkan harga barang jauh lebih murah.

Menteri Komunikasi dan Informatika Budi Arie Setiadi. (Foto : dok. kemenkominfo)

Budi menegaskan, “Kita tak boleh biarkan persaingan tak sihat ini. Fokus kita adalah untuk menjaga PKS, bukan sekadar lindungi industri e-dagang.” katanya.

Selain daripada sekatan aplikasi, Indonesia juga akan memantau jika Temu cuba melabur dalam pasaran e-dagang tempatan. 

Mereka juga merancang untuk mengambil tindakan sama terhadap platform membeli-belah lain dari China seperti Shein. Namun, setakat ini Shein berkata mereka tiada melakukan operasi di negara itu.

Tahun lalu, Indonesia sudah mengambil langkah serupa dengan menutup perkhidmatan e-dagang TikTok, juga dari China, bagi menjaga kepentingan peniaga tempatan. 

Malah, TikTok bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi besar Indonesia, GoTo, untuk terus kekal dalam pasaran ini.

Pasaran e-dagang di Indonesia sedang berkembang pesat. Menurut laporan, nilai industri ini dijangka mencapai AS$160bilion (sekitar RM687 bilion) menjelang 2030, meningkat daripada AS$62bilion (RM266 bilion) pada tahun lalu.

Dengan langkah ini, kerajaan berharap dapat mengekalkan keseimbangan antara menyokong pertumbuhan e-dagang dan melindungi perniagaan tempatan daripada saingan harga murah dari luar negara.

Artikel ini diterjemah dari SAYS Tech. Artikel asal boleh dibaca di SINI.


Follow kami di WhatsAppInstagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+