Permainan simulasi sains fiksyen Infinite Lagrange mengajak pemain untuk mengembara ke galaksi baru dan hayati pengalaman sinematik peperangan interstellar terbesar di seluruh ruang angkasa.
Penceritaan permainan ini bermula dengan penemuan Lagrange nod yang merupakan asan untuk membina stargate interstellar yang menghubungkan antara galaksi lain yang kemudiannya membentuk satu jaringan pengangkutan besar Bima Sakti.
Penemuan baru ini membawa kepada pengembangan dan kemakmuran yang tidak pernah berlaku termasuk pergolakan dan peperangan. Terdapat bilangan Lagrange nod yang terhad dan peperangan ini tercetus akibat perebutan kuasa untuk mengawal sumber tenaga ini.
Pemain akan bermain sebagai seorang pemimpin bagi sebuah unit tentera untuk mengembara ke seluruh angkasa, bertujuan untuk membina stargate dan selamatkan kemanusiaan.
Seperti permainan strategi masa nyata, pemain boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membina kapal angkasa, dan frigate antara planet. Apabila semuanya tersedia, pemain boleh melibatkan diri dalam pertarungan antara lanun angkasa dan pelbagai ancaman lain, termain pemain lain.
Di dalam setiap musim baru, pemain boleh memulakan pusingan pengembaraan dan misi baru sementara menyelesaikan matlamat setiap musim dan membina stargate.
Sepanjang progres, pemain akan membuka pelbagai pengakhiran yang berbeza dan menemukan cerita yang pelbagai di dalam angkasa. Pemain juga akan berpengalaman merasai perkembangan sejarah dalam masa nyata yang memberi kesan kepada kehidupan manusia di angkasa.
Pemain akan menikmati acara pelancaran Dawn Celebration termasuk battle pass baru untuk pemain selesaikan dan pertandingan trivia dalam permainan yang menyediakan barangan menarik untuk dimenangi, selain suasana angkasa yang menarik untuk dihayati.
Infinite Lagrange kini sudah tersedia untuk dimuat turun di laman rasmi mereka. Ia boleh dimainkan di PC, iOS dan Android.