Infinix mengumumkan pelancaran Infinix HOT 50 5G akan dilancarkan pada 7 Oktober ini di Malaysia.
Peranti pintar ini menggunakan rekaan ultra-nipis dengan hanya 7.88mm dan skrin besar 6.7 inci yang hadir dengan ‘Always-On Display’. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kadar segar semula 120Hz dan 240Hz touch sampling yang sesuai untuk gamers.
Dengan 16GB RAM dan storan 256GB, ia juga mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga empat tahun (sehingga perlu diperbaiki).
Harganya bagaimanapun masih belum diumumkan.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!