Ini 8 pasukan yang akan merebut slot terakhir peringkat kumpulan Piala Presiden

Pusingan kelayakan terbuka Piala Presiden Esports 2021 menyaksikan pasukan EVOS Legends sudah hampir ke peringkat separuh akhir. Mereka gagal mendapatkan slot di kelayakan tertutup tempoh hari selepas tewas di tangan Alter Ego dengan skor 2-3.

Selepas berhempas pulas bertarungan dengan banyak pasukan di dalam format best of 1, hanya beberapa halangan lagi yang mereka perlu tempuhi. EVOS Legends akan bertemu dengan pasukan Dream untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Bigetron Alpha juga tidak mahu melepaskan peluang ini untuk menyertai kelayakan terbuka ini. Mereka hanya perlu menewaskan pasukan Saints untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, pasukan Alter Ego X dan Aura Esports juga tidak ketinggalan membawa barisan pemain MDL mereka menyertai kelayakan terbuka ini.

Mereka juga hampir berjaya ke peringkat separuh akhir. Pemenang pusingan ini akan mendapat slot ke peringkat kumpulan.

Siapakah di antara pasukan-pasukan ini akan menjadi juara peringkat kelayakan terbuka Piala Presiden Esports 2021? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+