Ini 8 pasukan yang mara ke playoff Wild Rift Southeast Asia (SEA) Championship, Kumpulan K-Pop Aespa terlibat

Grand Final League of Legends: Wild Rift Southeast Asia (SEA) Championship 2021 pasti akan menjadi acara yang menarik kerana Riot Games akan berkolaborasi dengan sebuah kumpulan Korea Pop (K-Pop).

Riot Games mendedahkan kumpulan K-Pop itu melalui sebuah video acah yang disiarkan di laman Facebook rasminya.

Wild Rift SEA Championship 2021 kini baru sahaja selesai peringkat kumpulan di mana enam pasukan peringkat atas dari pelbagai rantau bersaing untuk mendapat slot dalam playoff. Ini antara pasukan yang akan mara ke peringkat playoff:

Ketika acara hampir ke fasa seterusnya, Riot Games mengumumkan sesuatu yang besar untuk peringkat akhir acara itu.

Menurut media sosial rasmi Wild Rift, pusingan akhir SEA Wild Rift Championship 2021 yang akan datang akan menampilkan persembahan hebat oleh kumpulan K-pop yang dikenali sebagai Aespa.

Aespa adalah sebuah kumpulan yang baru muncul ke arena K-Pop pada tahun 2020 dan sudah melancarkan beberapa lagu yang popular seperti Black Mamba dan Next Level.

Walaupun League of Legends dan Wild Rift lebih dikenali dengan kumpulan K-Pop mayanya tersendiri iaitu K/DA yang terdiri daripada Ahri, Akali, Evelynn dan Kai’sa, namun tiada berita tentang kumpulan ini di pusingan akhir Wild Rift SEA Championship 2021. Mungkin Riot Games menyimpan kumpulan ini untuk League of Legends World Championship 2021 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di Reykjavik, Iceland.

Pusingan akhir acara ini akan diadakan pada 3 Oktober ini. 

RELATED NEWS

+