“Ini Adalah Satu Penghargaan Yang Besar Buat Saya,” – Fiera Fendi

“Teruja ada, gembira ada, gementar pun ada. Tapi saya anggap ini sebagai satu cabaran kerana bukan semua orang dapat peluang ini.” itu ucapan ringkas hos dan juga pengacara, Fiera Fendi apabila diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis di Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang, M1.

“Tak sangka untuk dapat peluang ini pada usia 22 tahun, lagi-lagi terlibat dalam acara bertaraf dunia. Saya bersyukur sangat. Terima kasih kepada semua pihak yang percaya dengan kebolehan dan bakat saya,” kata Fiera.

Gadis ayu ini akan mengacara majlis dalam Bahasa Melayu di samping Nik Harris (The Hound) yang akan mengacara dalam Bahasa Inggeris.

“Saya tak sabar untuk menghiburkan penonton yang hadir. Ia akan jadi satu cabaran baru bagi acara berskala besar seumpama ini,” kata Fiera yang ingin memperbaiki mutu pengacaraan menjadi lebih baik.

Dia bersama Nik Harris akan mengacara pada hari Jumaat hingga Ahad yang mana menyaksikan lapan pasukan terbaik Mobile Legends di seluruh dunia bertarung untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta.

Fiera sebelum ini pernah bersama eGG Network dan menghoskan pelbagai segmen gaming bagi saluran e-sukan itu. Selain itu, Fiera terpilih sebagai pengacara di Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang 2019 di Filipina dan Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) peringkat Asia Tenggara. Kini dia selesa bersama Angel Bosskurr sebagai hos, talent dan pencipta kandungan.

Bagi info lanjut mengenai M1, anda boleh membaca kesemua info di artikel ini.

(Foto: Instagram @fierafendi)

RELATED NEWS

+