Ini adalah senarai lengkap 16 pasukan ke Kejohanan Dunia, M3

Selepas berakhirnya peringkat grand final MPL PH dan MPL ID musim kelapan semalam. Kini, 16 pasukan yang layak ke Kejohanan Dunia Mobile Legends, M3 sudah lengkap.

NO. NAMA PASUKAN PERTANDINGAN
1. Team SMG Juara MPL MY musim kelapan
2. Todak  Naib juara MPL MY musim kelapan
3. Red Canids  Juara MPL Brazil musim pertama
4. Vivo Keyd Naib juara MPL Brazil musim pertama
5. EVOS SG Juara MPL SG musim kedua
6. RSG SG Naib juara MPL SG musim kedua
7. SeeYouSoon Juara MPL KH musim pertama
8. BloodThirstyKings Juara pusingan kelayakan M3 Amerika
9. Akatsuki Juara Arabia Major M3
10. Malvinas Gaming Juara Kejohanan Latam 2021
11. Deus Vult Juara Liga Mythic Mobile Legends CIS
12. Bedel Juara Kejohanan Mobile Legends Turkey 2021
13. ONIC Esports Juara MPL ID musim kelapan
14. RRQ Hoshi Naib juara MPL ID musim kelapan
15. Blacklist International  Juara MPL PH musim kelapan
16. ONIC PH Naib juara MPL PH musim kelapan

Pasukan dari tanah air iaitu Todak dan Team SMG akan bertemu dengan saingan yang lebih hebat kali ini. Lawan dari negara Amerika, Timur Tengah serta Amerika Latin pasti akan menjanjikan kelainan buat para penonton.

Mampukah pasukan tanah air menjadi juara buat pertama kali di Kejohanan Dunia ini? Terdahulu, pasukan EVOS Legends pernah menjadi juara untuk M1 manakala Bren Esports untuk M2.

M3 akan mengumpulkan 16 pasukan bertarung untuk merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta) pada bulan Disember ini.

RELATED NEWS

+