Ini adalah senarai pasukan yang layak ke playoffs MPL Brazil

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Brazil baru saja menamatkan peringkat liga pada minggu lalu.

Semalam, mereka mengumumkan senarai penuh pasukan yang layak ke peringkat penentuan (playoffs).

Mereka adalah Vivo Keyd, DreamMax, Imperial Esports, RedCanids, Team Codasolid dan MooM E-Sports. Pasukan-pasukan ini sudah pun bertarung selama enam minggu ketika peringkat musim liga.

Sementara itu, Pemain Terbaik atau MVP bagi minggu keenam juga diumumkan seperti di bawah:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Brazil (@mplbrazil)

Playoffs bagi MPL Brazil dijangka bermula pada Oktober bagi mencari skuad yang layak ke kejohanan dunia, M3.

Sebanyak RM124,000 dipertandingkan untuk pasukan yang menyertai liga ini.

RELATED NEWS

+