Ini Adalah Senarai Talent Untuk PVP Esports, Ada Muka Familiar Yang Korang Kenal!

PvP Esports adalah kejohanan berprestij Dota 2 dan AOV diadakan di Singapura dengan hadiah wang tunai terkumpul USD300,000 pada 5 hingga 7 Oktober ini!

Acara kolaborasi antara Singtel, Razer, Blizzard, Garena dan Mineski ini akan dikendalikan oleh Mineski Events Team sudah pun mengumumkan barisan talent yang akan hadir pada acara utama.

Jadi mesti korang nak tau senarai talent yang akan ada dekat sana kan? Haa inilah dia!:

Seramai 6 talent berbakat akan ditemui pada acara utama PVP Esports nanti bagi kategori Arena of Valor.

Pengulas popular Dota 2, OD Pixel juga akan memeriahkan lagi acara ini. Pastinya ramai yang menantikan hype cast daripada beliau nanti. 

Kyle Freedman, bekas ahli Complexity juga akan ada di sana dan memberi insight yang sangat valuable kepada penonton.

Nama yang tak asing lagi, Fogged akan terus memberikan analytics yang sangat dinantikan peminat Dota 2 di Asia Tenggara.

Peminat yang mengenalinya melalui stream pastinya ingin melihatnya berada bersama barisan talent lain yang hadir.

Capitalist pula akan menghiburkan penonton dengan pesonanya dan knowledge mendalam bagi Dota 2.

Sheever apa kurangnya sebagai desk host. Satu-satunya talent wanita yang hebat di samping Danelie.

Gandingan antara Faraz dan Danelie pastinya akan membuatkan penonton terhibur dengan lawak jenaka mereka.

Dan tak dilupakan Matt Andrews yang akan mengawal selia pentas PVP Esports nanti!

Baca lanjutPvP Esports Grand Final Akan Diadakan Di Singapura:

RELATED NEWS

+