Ini alasan Johnson Xorn menjadi kunci kemenangan Team SMG sebentar tadi

Perlawanan Team SMG menentang Homebois sebentar tadi memihak kepada Team SMG apabila mereka berjaya menewaskan Homebois dengan skor 2-0 tanpa balas.

Antara kunci kemenangan Team SMG adalah penggunaan Johnson oleh Xorn di perlawanan pertama. Xorn menggunakan hero itu dan membawa ZaimSempoi yang menggunakan Kadita bersamanya.

Ini alasan mengapa Johnson menjadi faktor yang penting di dalam kemenangan perlawanan pertama sebentar tadi.

ROTASI

Johnson mempunyai mobiliti yang sangat bagus di dalam Land of Dawn, Rapid Touchdown menjadikan Johnson mudah mengelilingi peta untuk melakukan rotasi. 

Pihak musuh yang cuba untuk farm atau melakukan rotasi harus berhati-hati dengan Johnson yang bergerak dengan pantas menggunakan Rapid Touchdown.

Team SMG akan dapat mengembalikan momentum di lane yang mereka tewas akibat rotasi yang dilakukan oleh Xorn.

POTENSI KILL

Jarang sekali kita dapat lihat Johnson bergerak seorang diri menggunakan Rapid Touchdown. Dia pasti akan membawa rakannya bersama bagi melakukan kombo yang mematikan musuh dengan mudah.

Kita dapat lihat sebentar tadi, Xorn membawa Zaimsempoi yang menggunakan Kadita untuk melakukan kombo itu. Rough Waves bersama Rapid Touchdown akan menumbangkan sesiapa sahaja yang dilanggar.

PERGERAKAN MUSUH MENJADI PASIF

Akibat dari rotasi Johnson yang sangat berbahaya, pihak musuh akan bermain dengan lebih pasif bagi mengelakkan diri mereka dari dilanggar oleh Johnson.

Pasukan Homebois sebentar tadi sangat berhati-hati dan tidak bermain dengan agresif sebaliknya menghilangkan diri mereka di dalam peta bagi mengelak Xorn pergi ke arah mereka.

Perkara ini menyebabkan Team SMG dapat mengambil objektif seterusnya melakukan pushing ke arah base pasukan Homebois.

 

RELATED NEWS

+