Ini apa yang anda perlu tahu tentang pelan 2025 e-sukan Honor of Kings

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Honor of Kings Championship 2024 adalah penutup bagi e-sukan Honor of Kings (HOK) pada tahun ini. Selepas pengumuman pada Januari lalu mengenai Honor of Kings Invitational, mereka komited untuk mengembangkan lagi HOK di seluruh dunia.

Rangkuman bagi siri jemputan Honor of Kings

Honor of Kings sudah menganjurkan empat kejohanan peringkat global

  • Siri Jemputan Honor of Kings Musim 1: Diadakan di Istanbul, TuRKI
  • Siri Jemputan Honor of Kings Musim 2: Diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia
  • HOK Invitational Midseason di Riyadh: Diadakan di Esports World Cup
  • Honor of Kings Championship 2024: Diadakan di Jakarta, Indonesia

Pelan pada 2025

Honor of Kings Invitational Musim Ketiga – Ia akan dianjurkan pada musim bunga tahun depan, menampilkan pasukan terhebat dari serata dunia bertanding untuk gelaran juara

Honor of Kings Invitational Midseason – Kembali ke Riyadh pada musim panas tahun depan, kejohanan global ini akan membawakan pemain-pemain bintang di bawah satu acara yang kompetitif dan penuh debaran

Honor of Kings Championship 2025 – Butiran akan diberitahu kemudian

HOK Major East dan HOK Major West – Liga profesional baru akan diperkenalkan tahun depan sekali gus memberikan peluang kepada lebih ramai untuk bersaing secara kompetitif. 

Hero pertama Indonesia

Baru-baru ini, komuniti Indonesia menyuarakan keinginan yang tinggi untuk melihat Garuda yang legenda diperkenalkan dalam permainan. Dengan mengadakan acara co-creation bersama komuniti tempatan, Garuda Khageswara akan diperkenalkan sebagai hero baharu pada awal 2025.

Lebih banyak acara co-creation akan datang berkaitan Garuda, jadi nantikan pengumuman selanjutnya.

Lesen Kejohanan Honor of Kings

Pada tahun 2025, Level Infinite juga akan memperkenalkan Lesen Kejohanan Honor of Kings yang baharu, yang akan membolehkan penganjur untuk mengumpulkan komuniti dan menganjurkan kejohanan mereka sendiri. Bergantung kepada skala acara, sokongan rasmi dari Level Infinite akan disediakan bagi membantu kejohanan ini berkembang secara global.

Honor of Kings dalam Prime Video’s Secret Level

Honor of Kings akan ditampilkan dalam siri antologi animasi Amazon Prime Video yang akan datang, Secret Level, yang ditayangkan pada 19 Oktober. Siri ini akan memberi tumpuan kepada 15 cerita, dengan Honor of Kings sebagai tajuk utama.

HOK akan melancarkan hero baharu, Yixing, berdasarkan watak utama episod itu. Terdapat juga acara khas dan ganjaran yang tersedia untuk pemain.

RELATED NEWS

+