Ini barisan roster VALORANT G2 Esports untuk VCT 2022

G2 Esports, organisasi e-sukan Eropah kini mengumumkan barisan roster bagi pasukan VALORANT mereka untuk menghadapi VALORANT Champions Tour (VCT) 2022.

Melalui pengumuman mereka di laman sosial, G2 Esports membawa masuk tiga pemain baharu daripada Giants Gaming, organisasi e-sukan Sepanyol, iaitu hoody, Meddo dan jurulatih mereka, pipsoN. 

Berikut ialah senarai penuh barisan roster VALORANT G2 Esports:

  • Óscar “mixwell” Canellas Colocho
  • Žygimantas “nukkye” Chmieliauskas
  • Auni “AvovA” Chahade
  • Aaro “hoody” Peltokangas
  • Johan “Meddo” Renbjörk Lundborg
  • Daniil “pipsoN” Meshcheryakov – jurulatih

Kemasukan tiga ahli baharu ini ialah selepas mereka melepaskan jurulatih mereka, Neil “neilzinho” Finlay dan menyimpan Wassim “keloqz” Cista sebagai pemain simpanan.

Bahkan, pyth yang sebelum ini di bangku simpanan juga bakal berhijrah ke Singapura untuk sertai Bleed eSports

Persembahan G2 pada musim 2021 cukup menyerlah ketika di VCT Stage 3 Master Berlin selepas mereka berjaya menewaskan pasukan handalan Sentinels. Namun, tewas di pusingan separuh akhir. 

Mereka kemudiannya kecundang di kejohanan kelayakan, Last Chance Qualifier selepas ditewaskan oleh Team Liquid dan Guild Esports.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+