Ini cara untuk mengetahui jumlah perbelanjaan di VALORANT

Daripada kosmetik masa terhad dan pas bermusim, pembelian dalam permainan sekali-sekala boleh menambah jumlah perbelanjaan anda di VALORANT dengan cepat dan sebelum anda sedar bahawa anda sudah membelanjakan banyak wang untuk permainan itu.

Sesetengah pakej kosmetik boleh mencecah harga sehingga RM400 dan jika anda tidak memberi perhatian, anda mungkin membelanjakan lebih banyak wang daripada yang anda mahukan.

Jika anda ingin mengurus perbelanjaan anda dan menyemak jumlah wang yang anda belanjakan untuk VALORANT, Riot Games membolehkan anda menyemak semua transaksi sebelumnya pada ID anda. Laman web sokongan Riot Games membolehkan anda menyemak tarikh dan jumlah semua urus niaga terdahulu dan juga mengemukakan permintaan pulangan wang.

Berikut ialah panduan ringkas tentang kaedah menyemak jumlah wang yang anda belanjakan untuk VALORANT.

Kaedah Semakan

  1. Pergi ke laman bantuan rasmi Riot di sini.
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Tekan ‘Get My Purchase History’

Selepas log masuk, anda akan dapat melihat semua pembelian anda yang lalu, termasuk pembelian dengan VALORANT Points dan Radianite anda. Segala-galanya dari tarikh, masa dan kos akan dinyatakan.

Alat ini sangat mudah jika anda ingin memantau perbelanjaan dalam permainan anda untuk transaksi mikro. Jika anda melihat transaksi yang tidak sesuai, anda boleh menghubungi sokongan Riot Games.

Kaedah Pemulangan Wang

Jika anda tersilap beli atau tidak berpuas hati, anda boleh memohon untuk pulangan wang untuk mana-mana pembelian terbaru anda:

  1. Pergi ke halaman pulangan wang Riot Games dan log masuk
  2. Klik pada My Order History
  3. Pilih item yang layak
  4. Klik pada ‘Refund’

Lancarkan semula permainan anda dan VALORANT Points anda sepatutnya dikembalikan ke akaun anda. Dalam sesetengah kes, item yang dibeli mungkin tidak dipaparkan dalam sejarah pembelian anda dan dalam kes ini anda perlu menunggu beberapa minit.

Ini antara item yang boleh dipulangkan VALORANT Points

Riot Games memang boleh mengembalikan wang sebenar anda tetapi hanya dalam beberapa situasi. Anda mungkin pernah membeli RP atau VP dalam VALORANT atau kandungan dalam permainan dengan wang sebenar. Anda boleh meminta pulangan wang dalam senario berikut:

  • Jika anda membeli VP/RP tanpa membelanjakan mana-mana VP/RP
  • Mempunyai kandungan yang boleh dipulangkan wang tetapi belum pernah digunapakai

Anda boleh meminta pulangan wang daripada Player Support dalam tempoh 14 hari pertama pembelian dan menerima bayaran balik terus ke kaedah pembayaran anda.

Sumber rujukan: Riot Games

RELATED NEWS

+