dijangkiti wabak COVID-19 termasuk seorang pemain Malaysia. Acara langsung juga dibatalkan saat terakhir, dan tiket peminat perlu dipulangkan semula. Para pemain juga menghadapi masalah di bilik latihan masing-masing. Namun, pemain tetap bertahan dan TI10 pun kini bakal bermula."> dijangkiti wabak COVID-19 termasuk seorang pemain Malaysia. Acara langsung juga dibatalkan saat terakhir, dan tiket peminat perlu dipulangkan semula. Para pemain juga menghadapi masalah di bilik latihan masing-masing. Namun, pemain tetap bertahan dan TI10 pun kini bakal bermula." /> dijangkiti wabak COVID-19 termasuk seorang pemain Malaysia. Acara langsung juga dibatalkan saat terakhir, dan tiket peminat perlu dipulangkan semula. Para pemain juga menghadapi masalah di bilik latihan masing-masing. Namun, pemain tetap bertahan dan TI10 pun kini bakal bermula." />

Ini cara untuk menonton TI10 dari rumah, ulasan Bahasa Malaysia juga termasuk

Seperti yang peminat tahu, pelbagai isu yang timbul sebelum kejohanan terbesar Dota 2 di dunia, The International 10, berlangsung. Antaranya, beberapa pemain Dota 2 dijangkiti wabak COVID-19 termasuk seorang pemain Malaysia. Acara langsung juga dibatalkan saat terakhir, dan tiket peminat perlu dipulangkan semula. Para pemain juga menghadapi masalah di bilik latihan masing-masing. Namun, pemain tetap bertahan dan TI10 pun kini bakal bermula.

Peminat boleh menonton kejohanan TI10 di beberapa lokasi atas talian seperti di bawah.

Twitch

Saluran Dota 2 rasmi di Twitch akan menampilkan panel dan wawancara antara permainan dan anda juga dapat melihat semua braket dan keputusan perlawanan di dalam aplikasi Dota 2.

Tab kejohanan  permainan membolehkan pemain mengikuti perkembangan TI10 tanpa spoiler.

Pemain juga akan mempunyai pilihan untuk menonton permainan terus dari aplikasi permainan Dota 2 dan mereka juga dapat mendengar pengulas juga. Sekiranya anda memilih untuk menonton TI10 di dalam Dota 2, anda tidak akan dapat melihat wawancara atau karya-karya lain yang menyeronokkan kerana ia hanya ditayangkan di Twitch, atau saluran seterusnya iaitu…

YouTube

Dengan saluran rasmi Dota 2 YouTube, anda boleh menonton perlawanan-perlawanan yang lepas.

Ini berguna jika anda terlepas sesuatu perlawanan atau ingin melihat semula saat-saat getir dalam mana-mana perlawanan. Valve juga menambah semua wawancara dan selingan ke saluran YouTube juga yang bermaksud anda boleh mengikuti perkembangan TI10 walaupun anda terlepas beberapa hari pertama.

Ulasan Bahasa Malaysia

Bagi peminat tegar di Malaysia, jangan risau! Terdapat juga ulasan perlawanan dalam Bahasa Malaysia oleh ikon-ikon terkenal e-sukan tanahair!

Anda boleh menonton siaran ini melalui laman E-Sukan di Facebook.

TI10 bermula pada 7 Oktober dan akan berlangsung selama 10 hari, yang diakhiri dengan pusingan akhir pada 17 Oktober.

RELATED NEWS

+