Ini Dia 7 Mobile Games Sesuai Untuk Dimainkan Pada Bulan Ramadan

Datang saja Ramadan, gamers dah pun buat persiapan untuk kurangkan aktiviti bermain game dan memfokuskan kepada amalan sunat yang dianggap lagi berfaedah dan tidak membuang masa sehingga berjam-jam di siang hari.

Tapi dalam masa yang terluang, pastinya kita akan curi sedikit waktu untuk bermain game yang santai di telefon pintar. Mungkin sekadar 15 minit hingga 30 minit dah pun memadai. Apa game sesuai untuk korang sepanjang Ramadan ini?

Badland

Walaupun permainan ini sudah agak lama, tapi mekanismenya masih relevan hingga kini dan boleh dimainkan sehingga empat orang. Jadi inilah masanya korang main dengan member sementara tunggu berbuka!

Di tablet dengan paparan lebih luas, kawal bola hitam dan elak dari dilenyapkan mesin-mesin membunuh di sepanjang kembara. Permainan ini bukanlah perlumbaan tapi mengajar korang erti kesabaran dan kebijaksanaan mengatasi halangan.

Download di sini: IOS, Android

My Tamagotchi Forever

Dalam permainan Tamagotchi versi moden ini, sentiasa beri perhatian kepada haiwan digital ini termasuklah memandikan, memberi makan dan membasuh najisnya.

Selain beberapa permainan mini yang boleh dimainkan, Tamagotchi hadir dalam pelbagai jenis jadi korang taklah bosan menjaga hanya satu jenis haiwan digital saja. Korang juga perlu perhatikan pola pemakanannya kerana ia akan berevolusi mengikut jenis makanan diambil.

Teroka TamaTown dan ambil gambar Tamagotchi bersama taman permainan mereka untuk mendapatkan ganjaran.

Download di sini: IOS, Android

Candy Crush Saga

Rasanya tak perlu persoalkan lagi kenapa permainan mudah alih ini berada dalam kategori ini. Ia masih relevan, popular dan sesuai dimainkan lelaki dan perempuan.

Kalau korang tengah on the way balik rumah nak tunggu berbuka, mungkin boleh main game ini sementara menunggu tren tiba ke destinasi. Selain menguji minda, ia juga sesuai untuk ‘membuang’ masa korang dalam perjalanan pulang.

Download di sini: IOS, Android

Cytus II

Sekuel kepada permainan alunan bunyi daripada Rayark Games ini sememangnya popular dan patut ada dalam koleksi korang. Menerusi lima jenis runut bunyi, korang perlu bijak mengawal irama mengikut rentak.

Cytus II juga menampilkan soundtrack dan muzik yang berkualiti tinggi dari komposer seluruh dunia antaranya, Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Permainan ini pastinya membuatkan korang terhibur mengikut rentak muzik dan menyelesaikan cabaran.

Download di sini: IOS, Android

Monument Valley 2

Kali ini, Monument Valley menyentuh elemen kekeluargaan dengan sekuel terbarunya. Dalam permainan ini korang perlu membantu ibu dan anaknya dalam kembara menerusi struktur magikal dan teka teki mengelirukan sambil korang mempelajari rahsia di sebalik Sacred Geometry.

Pastinya ia lebih mencabar dan pada masa sama sesuai untuk korang buang masa seketika memikirkan cara macam mana Ro dan anaknya terus melepasi setiap halangan.

Download di sini: IOS, Android

PUBG Mobile/Fortnite

Permainan ini sesuai untuk korang yang ketagih bermain FPS dan Battle Royale tapi tak ingin duduk terlalu lama di depan PC. Caranya, mainlah dekat telefon pintar!

Di versi mudah alih ini, korang hanya perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk satu perlawanan. Pada masa sama, boleh juga main bersama rakan yang tak mempunyai PC di rumah. Jadi sementara tunggu sahur, mungkin boleh ‘sepam dua’ dulu!

Download PUBG Mobile di sini: IOS, Android
Download Fortnite di sini: IOS

Neko Atsume

Kalau yang jenis alahan pada kucing tapi sangat menyukai kucing, korang janganlah risau! Neko Atsume sesuai untuk korang.

Hanya perlu letakkan makanan kucing di dalam mangkuk dan haiwan comel ini akan menemani korang di taman rumah. Yang paling best, kucing ini akan berikan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Permainan ini semestinya sesuai untuk dimainkan di dalam tren, sementara menunggu sahur kerana korang tak perlu berikan perhatian sepenuhnya. Jadi apabila bermain, jagalah kucing korang dengan berinteraksi bersama mereka.

Download di sini: IOS, Android

Nota editor: Jadi, itulah permainan mudah alih pilihan kami. Macam mana pula dengan korang? Apa yang korang enjoy main masa bulan puasa ini? Kongsikan dengan kami di komen Facebook!

RELATED NEWS

+