Ini harapan Orange Esports di playoffs

Orange Esports adalah pasukan Mobile Legends yang menjadi pilihan untuk menjadi juara Liga Profesional (MPL) MY S8. Mana tidaknya, mereka kini menduduki ranking tertinggi di kumpulan A.

Bercakap kepada penulis dalam satu temubual yang diadakan tak lama dulu, kapten pasukan, Muhammad Fitri Hafiz (Isonic) begitu yakin untuk bergelar juara.

“Kami memang dah fokus sehabisnya dengan jadual scrim yang padat. Kami akan cuba buat yang terbaik dan saya yakin boleh jadi juara,” katanya.

Bagi jurulatih, Muhammad Farhan Ibrahim atau Sora, beliau mengatakan Orange adalah satu-satunya pasukan yang guna setiap pemain simpanan (sub) ketika musim liga.

“Bagi saya, setiap pemain ada personaliti dan keupayaan sendiri. Kalau boleh tengok, setiap minggu (musim liga), ada pemain berbeza-beza.

“Kepada pasukan di luar sana, jaga-jaga sebab Orange boleh bawa gameplay dan hero berbeza di playoffs,” kata Sora.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Beliau juga berharap untuk layak ke kejohanan dunia, M3. Mereka akan lawan Geek Fam pada perlawanan ketiga iaitu 5 petang esok.

Baca artikel lanjut mengenai pendapat jurulatih, Sora di SINI.

Ini adalah barisan pemain Orange Esports:

1. Muhammad Fitri Hafiz bin Shaharum – Isonic
2. Mohd Norhadim bin Yusup – LinkEzaa
3. Muhammad Izz Daniel Bin Zaidi – Iris
4. Muhammad Danish bin Abdul Razak – SitiNurSana
5. Valenz Luk Jun Yip – Valenz
6. Muhamad Badrul Amin bin Enche Ibrahim – Ahmad Jennié
7. Aiman Zairie bin Anuar – Mannn
8. Aimin Zairie Bin Anuar – Minnn

RELATED NEWS

+