Ini langkah Bon Chan dalam mengukuhkan pasukan Blacklist International

Blacklist International dikenali sebagai salah satu pasukan yang paling berbisa di arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Pasukan ini sudah memenangi MPL Filipina Musim ke-7 dan ke-8 serta kejohanan dunia MLBB M3. Namun, pasukan ini tidak berdiam diri.

Menurut Kristoffer Ricaplaza atau Bon Chan, jurulatih pasukan juara ini, mereka sentiasa memperbaiki pasukan itu.

Ini apa yang dikongsi olehnya dalam siri YouTube Turning Point.

Memperkukuh Kekuatan, Bukan Memperbaiki Kelemahan

Semasa OhMyV33NUS baru sahaja menyertai Blacklist International, Bon Chan memerhatikan dan menganalisa cara permainan V33 dalam perlawanan dia sebelum ini. Dia menumpukan perhatiannya kepada perlawanan Musim ke-4 dan ke-5 MPL PH, zaman kegemilangan ONIC PH iaitu pasukan V33 sebelum ini.

Pemerhatian ini membuahkan idea bahawa V33 amat mahir memainkan watak sokongan seperti Estes dan Rafaela.

Dengan maklumat ini, V33 diminta memainkan hero yang dia betul-betul mahir.

Hasil daripada ini, pasukan lain melahirkan strategi balas di mana mereka ban hero utama V33 agar dapat mengurangkan kecekapan V33.

“Saya sekadar membawa balik strategi di mana Wise dan V33 bermain dengan baik,” kata Bon Chan.

Tiada Assassin Sehingga Wise Hadir

Strategi UBE atau Ultimate Bonding Experience adalah salah satu strategi yang amat konsisten dan sukar untuk ditewaskan. Strategi ini melibatkan dua hero yang sering bersama dalam pelbagai keadaan, biasanya ia terdiri dari hero support tegar dan hero carry.

Seperti namanya, strategi ini memerlukan kedua-dua pemain itu bergerak seiring dalam apa keadaan pun. Dalam pasukan ini, ia adalah gandingan berbisa OhMyV33NUS dan Wise.

Menurut Bon Chan, V33 mahir menggunakan hero seperti Rafaela, Estes dan Mathilda. Tetapi hero-hero ini akan ketinggalan jika berpasangan dengan Assassin kerana kepantasan hero itu.

Bon Chan juga mengatakan bahawa Marksman dan Fighter adalah sesuai untuk strategi UBE kerana watak ini masih tangkas tetapi tidak terlalu pantas sehingga menghalang keupayaan V33 sebagai sokongan pasukan.

Namun, keputusan ini bukanlah bermaksud bahawa Wise tidak mahir menggunakan hero Assassin kerana menurut pemerhatian Bon Chan, kadar kemenangan Wise menggunakan watak Assassin berada di sekitar 90% menggunakan Ling dan Lancelot.

Ketiadaan V33Wise

Walaupun gandingan berbisa V33Wise direhatkan untuk musim akan datang, pasukan ini sudah membawa masuk Eson dan KEVIER yang mahir menggunakan hero Assassin dan juga hero lain untuk mengisi ruang kosong pasukan itu.

Nampaknya Blacklist International akan menggunakan strategi lain yang menumpukan Eson dan KEVIER menuju ke MPL PH Musim ke-9.

Sumber rujukan: Turning Point

RELATED NEWS

+