Ini mengapa Dota 2 SEA lebih mencabar, menurut Topson

Topias Miikka “Topson” Taavitsainen adalah salah seorang pemain Dota 2 yang amat disanjungi peminat di seluruh dunia.

Beliau antara pemain terbaik yang bermain untuk pasukan OG dan kini menetap di Malaysia bersama keluarganya.

Rentetan pengumuman beliau untuk berehat dari Dota 2 kompetitif untuk meluangkan masa bersama keluarga, beliau didapati bermain hero-hero baru di Dota 2 sebagai sebuah eksperimen peribadinya dan menyiarkannya di Twitch.

Disebabkan beliau menetap di Malaysia, beliau juga terpaksa mengubah pelayannya dari EU ke SEA dan beliau mendapati terdapat beberapa perkara yang beliau tidak berpuas hati apabila memainkan hero-hero yang tidak biasa dijumpai di lorong tengah.

Topson meluahkan rasa putus asa untuk mencuba hero-hero yang jarang dimain olehnya di pelayan SEA.

Beliau merasakan gaya permainan beliau lebih berkesan di pelayan EU.

Menurut Topson, permainan SEA adalah huru-hara dan pemain cenderung untuk menumpukan perhatian kepada permainan mereka sendiri berbanding bermain sebagai satu pasukan berbanding di pelayan EU.

“Saya tidak tahu mengapa anda tidak boleh bermain hero ini di rantau ini. Kalau di EU, saya rasa boleh main hero ni. Ada kemungkinan,” beliau ujar tentang bermain Oracle di lorong tengah.

“Saya mempunyai rakan sepasukan yang boleh menyelaraskan permainan dan ia berasa lebih mudah. Di sini, rasanya semuanya sangat huru-hara dan tiada yang masuk akal,” tambahnya lagi.

“Ia seolah-olah semua orang mempunyai permainan mini mereka tersendiri. Mereka bermain permainan mini mereka, dan bukan bermain sebagai satu pasukan,” keluh beliau.

Pelayan SEA sememangnya terkenal dengan perangai toksik pemain, namun pemain profesional ini mampu mendedahkan sebuah lagi kelemahan rantau SEA iaitu permainan tanpa pelarasan yang baik.

Tewas dengan skor bunuhan 25-5 yang menunjukkan betapa teruknya permainan yang dihadapi beliau.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+