Ini mengapa DrDisrespect tidak berminat dengan Lost Ark

Streamer terkenal DrDisrespect tidak berminat untuk memainkan MMO terkenal yang baru dilancarkan di Steam iaitu Lost Ark.

Walaupun Lost Ark adalah salah satu permainan yang amat terkenal, dia tidak berminat untuk mendekati permainan itu langsung.

Menurut salah sebuah strimnya baru-baru ini, dia dan TimTheTatman berbual tentang permainan itu dan DrDisrespect mengatakan bahawa permainan MMO memerlukan komitmen dan masa. Dia juga berkata bahawa dia tidak nampak apa-apa perbezaan dalam tahap kemahiran pemain yang berbeza.

“Di mana kemahiran itu? Dari segi kemahiran yang mungkin anda boleh kenali dari seorang pemain ke pemain lain. Apakah perbezaan itu? Jadi, jika saya menonton, katakan, saya tidak tahu Shroud bermain permainan itu, dan kemudian saya melihat anda bermain permainan itu, MMO ialah salah satu permainan yang saya tidak dapat membezakan antara siapa pemain yang lebih baik,” kata Dr Disrespect kepada TimTheTatman semasa strim.

Pendapat itu tidak dipersetujui oleh Tim, tetapi usul yang dibawakan oleh DrDisrespect agak benar. Ia memerlukan seseorang untuk memainkan dan memahami Lost Ark, atau MMO lain, untuk mengetahui siapa pemain yang lebih handal.

Lost Ark adalah sebuah permainan MMO yang baru dilancarkan di Steam dan sudah melangkau Dota 2 dan PUBG dalam aspek jumlah pemain dalam tempoh 24 jam.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+