Ini mengapa kemaskini Mobile Legends Patch 1.5.34 tergendala

Moonton baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menangguhkan kemaskini Mobile Legends: Bang Bang Patch 1.5.34.

Menurut penerbit, ini disebabkan kelewatan dalam proses semakan gedung aplikasi. Walaubagaimanapun, Moonton tidak mendedahkan gedung aplikasi mana yang dimaksudkan tetapi kemas kini tidak akan digunakan sehingga gedung aplikasi ini meluluskan kemas kini itu.

Ini bermakna peminat perlu menunggu lebih lama untuk acara baharu, kandungan dan perubahan keseimbangan dalam Mobile Legends. Jadual baharu untuk kemas kini patch Mobile Legends Patch 1.5.34 yang akan datang masih belum didedahkan.

Kemas kini yang akan datang akan memperkenalkan wira baharu Valentina dalam Mobile Legends bersama-sama dengan pelbagai kandungan baharu yang menarik dan perubahan keseimbangan untuk permainan. Acara ini termasuk Starlight Fest 2021, Black Friday Leaderboard, dan Black Friday Lucky Star.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka, kemas kini Mobile Legends Patch 1.5.34 akan ditangguhkan selama beberapa hari. Menurut mel dalam permainan, kemas kini dijadualkan semula kerana kelewatan dalam proses kelulusan untuk kemas kini baharu daripada gedung aplikasi.

Moonton tidak mendedahkan gedung aplikasi yang dimaksudkan tetapi untuk memastikan permainan itu kekal boleh dimainkan pada semua platform mudah alih, kemas kini akan ditangguhkan sehingga ia sedia untuk digunakan.

Menurut Moonton, mereka sudah menghubungi gedung aplikasi untuk menyelesaikan isu ini.

Pemain juga akan menerima hadiah pampasan setelah kemas kini tiba dalam permainan. Kemas kini dijangka tiba dalam minggu ini tetapi tiada tarikh tepat didedahkan.

Sumber rujukan: AFK Gaming

RELATED NEWS

+