Ini mengapa NAVI menyertai e-sukan Mobile Legends

Salah satu organisasi e-sukan yang terkenal, NAVI mengambil peluang dan mendaftarkan pasukannya untuk Kejohanan Dunia M3. Ini adalah kali pertama organisasi itu akan menceburi bidang e-sukan Mobile Legends. Pasukannya terdiri daripada pemain pro veteran yang pernah menyertai kejohanan dunia sebelum ini.

Pasukan Mobile Legends NAVI terdiri daripada bekas ahli DeusVult yang sebelum ini menyertai Kejohanan Dunia M2. Pasukan itu tidak dapat pergi jauh dalam kejohanan itu tetapi ia menunjukkan bahawa terdapat potensi dalam pasukan di luar rantau SEA.

Inilah ahli-ahli pasukan NAVI yang menyertai M3:

  • Andriy “Defender” Martynenko
  • Maxim “Nagib” Dudich
  • Kemiran “Sunset Lover” Kochkarov
  • Ruslan “Lil” Degtev
  • Stanislav “SAWO” Reshinak

DeusVult adalah salah-satu pasukan yang terhebat di rantau mereka. Pasukan itu berjaya menjuarai kejohanan Mobile Legends Mythic League (MML) CIS 2021, sebuah acara e-sukan tempatan di mana mereka mendominasi menentang UNEXT dengan skor perlawanan 4-2.

COO NAVI, Aleksey Kucherov berkata, “Kami merasakan bahawa kami harus mengambil pemain wilayah asal kami sendiri kerana kami boleh membina pasukan terkuat di sini,”.

Beliau juga berkata komunikasi akan menjadi mudah dan isu dapat diselesaikan dengan mudah.

NAVI akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia M3 yang akan datang. Walaupun ini adalah kali kedua ahli pasukan akan menyertai kejohanan dunia, ia akan menjadi kali pertama mereka akan bermain di bawah nama pasukan NAVI. 

RELATED NEWS

+