Ini mungkin tarikh Steam Sale yang akan datang

Tarikh mulanya satu Steam Sale adalah rahsia yang dijaga di Valve, tetapi ia kadang-kadang tertiris sebelum potongan harga benar-benar berlaku. Maklumat ini hanya dikongsi dengan pembangun permainan, tetapi jika pelanggan mengetahui dengan tepat mungkin penjualan akan turun kerana ramai yang akan menunggu potongan harga.

Mujurlah, Steam Sale berlaku secara konsisten sepanjang tahun dan menjadikannya agak mudah untuk diramalkan. 

Steam Sales ini menawarkan pemotongan harga yang signifikan dan ini sering berlaku pada musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Selain pada empat musim ini, musim perayaan juga mendapat perhatian seperti Tahun Baru Cina, Hari Natal dan Halloween. Tidak dilupakan juga acara khas seperti Steam Cleaning Sales dan Tokyo Game Show Sales pada tahun lepas.

Tarikh Steam Sales

Memandangkan musim seram Halloween akan tiba pada 31 Oktober, kami menjangkakan Halloween Sales akan berlangsung dari 28 Oktober sehingga 1 November.

Permainan Yang Berbaloi

Dalam Halloween Steam Sales ini, kami juga menjangkakan bahawa akan ada pelbagai permainan yang seram dan bertemakan horror atau survival yang akan turun harga. Oleh itu, ini beberapa permainan yang kami rasa berbaloi jikalau judul-judul ini turun harga.

DOOM Eternal

Antara permainan FPS yang rancak dan terpantas dekad ini, DOOM Eternal sesuai dimainkan pada musim Halloween ini. Permainan ini juga dioptimumkan dengan baik dan boleh dimainkan di PC yang lama.

Dead by Daylight

Jika anda ingin mengalami perasaan seram bersama rakan-rakan, Dead by Daylight menawarkan permainain 4v1 di mana 4 pemain perlu menyiapkan tugas untuk menang manakala 1 pemain perlu memburu yang lain.

Death Stranding

Ini antara permainan yang ceritanya agak mendalam tetapi aspek permainannya agak menyeramkan. Anda bermain sebagai Sam Bridges yang menghantar barangan sambil menyelinap sekitar makhluk yang dikenali sebagai BT.

Untuk pengetahuan anda, Death Stranding sedang dijual pada harga kurang 60% sehingga 11 Oktober. 

Little Nightmares

Benamkan diri anda dalam permainan ini yang yang akan menghadapi anda dengan ketakutan anda sewaktu kanak-kanak! Permainan unik ini juga terdapat sekuelnya tersendiri, iaitu Little Nightmares II.

Dying Light

Permainan FPS parkour zombi ini amat menyeramkan lebih-lebih lagi pada waktu malam. Dying Light 2 juga akan dilancarkan sekitar awal tahun depan, jadi, Steam Sales ini waktu yang terbaik untuk mengalami keseraman yang ditawarkan oleh siri Dying Light.

Pesanan kami: Jangan lupa simpan duit untuk Halloween Sales!

RELATED NEWS

+