Ini pemain Apex Legends Malaysia yang akan ke Apex Legends Global Series: Split 1 Pro League

Kejohanan Apex Legends Global Series (ALGS): Split 1 Pro League antara yang terbesar kerana ia adalah langkah pertama sebelum pemain menuju ke peringkat playoff. 

Dengan kumpulan hadiah sebanyak AS$62,500 (RM259,968), para pemain akan berusaha untuk memastikan kedudukan mereka tercapai di Apex Legends Global Series: Split 1 Playoffs dan terus mara ke Championship.

Pemain Tanah Air

Komuniti Apex Legends di Malaysia amatlah aktif dan ramai pemain di Malaysia rata-rata berkemahiran tinggi dan tahap Master atau Apex Predator. Maka, tidak hairan lagi mengapa beberapa pasukan dan pemain yang berasal dari Malaysia ingin bertarung di ALGS Split 1 Pro League.

Ini antara pasukan-pasukan dan pemain-pemain dari Malaysia yang bakal bermain di ALGS Split 1 Pro League:

  • BunnyH0p (BRP, Australia)
  • FenDiiLYZ (Perihelion, Australia)
  • MrAmi0 (Perangai Esport, Malaysia)
  • Akim (Perangai Esport, Malaysia)
  • LittleArif (Perangai Esport, Malaysia)
  • EixWais (We Are Trash, Asia Pasifik)
  • DrDarkaz (MBT.NAGA, Malaysia)
  • fLameShotx (MBT.NAGA, Malaysia)
  • r3flex (MBT.NAGA, Malaysia)

Nama-nama pemain di atas pasti peminat Apex Legends kenal, lagi-lagi yang sering menyertai kejohanan tempatan seperti yang dianjurkan oleh AcriAnimo dan sewaktu dengannya.

Format ALGS Split 1 Pro League

40 pasukan dari setiap rantau akan dikumpulkan dalam empat kumpulan yang terdiri daripada sepuluh pasukan menggunakan kedudukan dan prestasi daripada kejohanan ALGS Year 1 dan Preseason Qualifier. Pasukan bertanding dalam format double round-robin iaitu setiap kumpulan berlawan satu sama lain sebanyak dua kali. Setiap pasukan akan bermain 36 perlawanan di Regular Season. 

Kumpulan hadiah sebanyak AS$62,500 (RM259,968) akan dibahagikan daripada kedudukan pertama sehingga kedudukan ke-20. Pecahan adalah seperti berikut:

  • Juara: $15,000 (RM62,445)
  • Ke-2: AS$7,500 (RM31,222)
  • Ke-3: AS$6,250 (RM26,018)
  • Ke-4: AS$5,250 (RM21,855)
  • Ke-5: AS$3,750 (RM15,611)
  • Ke-6 & 7: AS$3,000 (RM12,489)
  • Ke-8 & 9: AS$2,250 (RM9366)
  • Ke-10 – 15: AS$1,500 (RM6244)
  • Ke-16 – 20: AS$900 (RM3746)

Pasukan juara sehingga kedudukan ke-5 akan mara ke pusingan Playoff  di mana pasukan-pasukan akan bertarung untuk kumpulan hadiah sebanyak AS$1,000,000 (RM4,163,000) serta kedudukan di ALGS Championship.

ALGS Split 1 Pro League akan bermula pada 15 Oktober ini dan akan tamat pada 5 Disember. Anda boleh menonton kejohanan ini melalui Twitch rasmi Apex Legends atau saluran YouTube rasmi Apex Legends.

RELATED NEWS

+