Ini perbezaan paling besar pasukan Dota 2 China, SEA dan Amerika menurut iceiceice

Pemain Dota 2 Evil Geniuses (EG), Daryl Koh ‘iceiceice’ Pei Xiang, menjadi antara pemain terhebat dalam Dota 2 kompetitif selama satu dekad. Selama jangka waktu ini, beliau menikmati kejayaan besar di Asia Tenggara (SEA), dan juga di wilayah lain seperti China dan Amerika.

Dengan pengalaman luas bermain di ketiga-tiga wilayah itu, EG berkongsi video di mana veteran Singapura itu menerangkan perbezaan antara pasukan Dota 2 di China, SEA, dan Barat. Menurut iceiceice, terdapat perbezaan yang ketara antara pasukan-pasukan dari rantau yang berbeza ini.

Beliau mendapati bahawa pasukan China adalah yang paling bersemangat, berlatih sepanjang musim, pasukan Barat lebih santai dan hanya berlatih pada masa-masa penting sementara pasukan SEA adalah seimbang. Beliau juga menyebut bahawa pasukannya sekarang, Evil Geniuses, biasanya berlatih hanya ketika kejohanan hampir.

Ini mungkin faktor yang membezakan prestasi antara pasukan-pasukan dari rantau yang lain ini. Sebagai konteks, juara The International sejak 2011 adalah 5 pasukan dari Eropah, 3 pasukan dari China dan hanya 1 pasukan dari Amerika.

Evil Geniuses ditempatkan di Kumpulan A TI10 dan kini memainkan permainan pertama peringkat kumpulan menentang Team Aster pada jam 3 petang tadi.

RELATED NEWS

+