Ini rupa kotak pembungkusan dan beg pembawa Steam Deck

Steam Deck adalah salah satu konsol mudah alih, atau lebih tepat – sebuah PC mudah alih yang dinanti-nantikan oleh ramai pemain kerana keunikannya yang membolehkan pemain bermain permainan PC secara mudah alih.

Sebelum ini, hanya konsol Nintendo Switch yang membenarkan pemain melakukan sedemikian, namun permainan konsol ini terhad kepada apa yang Nintendo tawarkan. Baru-baru ini, Valve mendedahkan kotak pembungkusan serta beg pembawa eksklusif kepada salah satu tetapan Steam Deck.

Ini rupa kotak pembungkusan PC mudah alih ciptaan Valve itu.

Kotak ini dihiasi tulisan yang menunjukkan situasi yang mengutarakan ciri mudah alih konsol itu dalam pelbagai bahasa

Selain itu, dalam kotak pembungkusan ini akan disertakan sebuah Steam Deck serta sebuah pengecas yang akan disesuaikan mengikut rantau masing-masing.

Ini pula beg pembawa Steam Deck versi 64GB dan 256Gb. Ia menampilkan tema warna hitam dan logo putih di tengah beg pembawa itu. Beg pembawa ini tidak jauh beza rupanya berbanding beg pembawa konsol Nintendo Switch

Bagi yang menempah Steam Deck versi 512GB, anda akan menerima beg pembawa premium yang dihiasi dengan rupa yang ekslusif kepada tetapan simpanan ini.

Jika diteliti, anda akan lihat bahawa logo Steam Deck di beg pembawa ini disulam dengan warna tema PC mudah alih itu. Selain itu, zip juga diwarnakan putih dan kelabu.

Dalam beg ini juga dilengkapi fabrik baldu berwarna kelabu yang berbeza daripada beg pembawa biasa dan disertakan kantung tali yang berasingan untuk pengecas, dan kain pembersih mikrofiber. Ini hanya akan diperoleh pemain jika mereka menempah Steam Deck versi 512GB.

Setakat ini, Valve belum mengumumkan tarikh pelancaran Steam Deck tetapi kami jangkakan ia akan dilancarkan di pasaran sekitar awal tahun hadapan.

Sumber rujukan: Valve

RELATED NEWS

+