Ini sebab kenapa Jujutsu Kaisen lebih ‘best’ daripada Demon Slayer

*Ini adalah pandangan peribadi penulis. Pendapat ini akan mempunyai rujukan daripada manga*

Pada ketika ini, terdapat dua siri yang popular dalam industri anime iaitu Jujutsu Kaisen (JJK) dan Demon Slayer.

Kedua-dua siri ini adalah genre Shonen di mana siri ini menyasarkan kepada penonton lelaki yang muda.

Jujutsu Kaisen menceritakan sebuah dunia di mana ahli sihir Jujutsu perlu menjaga dunia daripada makhluk yang dikenali sebagai Curses.

Demon Slayer menceritakan sebuah keluarga yang diserang oleh Demon dan misi protagonis adalah untuk menyembuhkan adiknya serta membalas dendam terhadap Demon.

Namun, Jujutsu Kaisen boleh dikatakan sebagai satu siri yang lebih baik daripada Demon Slayer.

Sebagai seorang pembaca manga serta penonton anime tegar siri Jujutsu Kaisen, penulis berpendapat ia adalah satu siri yang jauh lebih baik daripada Demon Slayer.

Antara sebab utama JJK lebih baik daripada Demon Slayer adalah penceritaan yang lebih matang serta menakutkan berbanding Demon Slayer.

Di dalam cerita JJK, mereka ada memberi fokus tentang masa depan sistem kuasa Jujutsu serta isu yang melibatkan negara luar terhadap sistem ini.

Perjalanan penceritaan JJK lebih tersusun serta menggunakan teknik imbas kembali pada waktu yang sesuai dan dalam tempoh masa yang pendek.

Jujutsu Kaisen tidak menggunakan teknik imbas kembali untuk menguatkan satu karakter semasa menentang musuh.

Bukan itu sahaja, salah satu kronologi penceritaan (arc) terbaik di dalam Demon Slayer mengikut pendapat komuniti adalah Infinity Castle Arc dan Swordsmith Village Arc namun ia tidak dapat menandingi Hidden Inventory Arc apatah lagi Shibuya Incident Arc.

Ramai berpendapat bahawa Shibuya Incident Arc adalah salah satu arc terbaik dalam manga kerana fasa penceritaan dan putar belit plot (plot twist) mengejutkan ramai pembaca siri ini. Penulis rasa pencipta manga ini banyak bermain dengan emosi dan tidak takut memasukkan elemen kejutan bagi peminatnya.

Penceritaan Demon Slayer pula seperti memberi bayangan bahawa apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita itu daripada awal lagi.

Namun ia berbeza daripada Jujutsu Kaisen di mana pengakhiran cerita tidak mudah dijangka daripada awal.

Mungkin Satoru Gojo akan mati, mungkin dunia Jujutsu akan tumbang ataupun Yuji Itadori akan menguasai dunia.

Pelbagai teori dikeluarkan namun masih ramai mempersoalkan apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita itu. 

Kedua, pembangunan karakter dalam Jujutsu Kaisen lebih baik daripada Demon Slayer.

Pelbagai karakter di Jujutsu Kaisen dibangunkan dengan lebih mendalam serta banyak pembangunan dari segi penceritaan mereka pada masa lalu ataupun motivasi mereka dengan lebih jelas.

Sebagai contoh, Megumi masih tidak dapat menggunakan teknik dengan sepenuhnya pada permulaan cerita.

Tapi selepas masa berlalu, dia lebih mahir menggunakan kuasanya untuk menyelematkan diri serta orang yang dekat dengannya. 

Tambahan pula, untuk Gojo Satoru, dia mahu mereformasikan sistem Jujutsu kerana orang atasan Jujutsu lebih tradisional dan konservatif dan ia sudah merosakkan sistem Jujutsu.

Dia tidak menerima keputusan orang atasan yang mahu melakukan hukuman mati ke atas Yuji Itadori dan Yuta Okkotsu yang dilabel sebagai orang yang berbahaya walaupun mereka adalah orang yang baik.

Namun, Gojo mahu mereka menjadi ahli sihir Jujutsu supaya mereka boleh menjaga serta menyelamatkan orang awam.

Mungkin ia tidak dijelaskan dengan lebih mendalam kalau melihat kepada anime tetapi apabila membaca manga, penceritaan mereka sering tiba pada waktu yang tepat bukannya pada saat mereka akan mati.

Berbanding JJK, Demon Slayer tidak membangunkan karakter bantuan dengan lebih mendalam.

Ketiga, koreografi perlawanan di anime serta manga lebih baik daripada Demon Slayer.

Bagi penulis, perlawanan di antara Gojo dan Sukuna sudah cukup untuk menangkap perhatian ramai penonton walaupun baru saja dua episod.

Tambahan pula, perlawanan di antara Hanami menentang Yuji dan Todo dapat melihat betapa cantik pergerakkan karakter semasa perlawanan di antara mereka.

Diingatkan bahawa ia masih satu musim dan perlawanan yang lebih baik berkemungkinan akan dilihat di musim kedua Jujutsu Kaisen.

Akhir kata, kedua-dua siri ini ada baiknya ada buruknya tetapi Jujutsu Kaisen lebih menyerlah daripada Demon Slayer dari segi penceritaan, pembangunan karakter dan koreografi perlawanan.

RELATED NEWS

+