Ini Sebab Kenapa PES 2020 Bertukar Nama Ke eFootball PES 2020

Untuk pengetahuan korang, Konami mengubah nama game bola sepak popular pada tahun ini. Selain nama Winning Eleven yang lebih dikenali di Jepun, Pro Evolution Soccer (PES) telah bertukar menjadi eFootball Pro Evolution Soccer 2020 atau eFootball PES 2020. Jadi, apa yang membuatkan Konami meletakkan ‘eFootball’ di hadapan nama francais game bola sepak terkenal ini?

Ke arah e-sukan

Menurut pengurus jenama francais PES di Eropah, Lennart Bobzien berkata kepada Gamespot, keputusan untuk pertukaran nama ini adalah untuk beri fokus terhadap aspek e-sukan. “Sebelum ini, kami telah mengadakan beberapa pertandingan seperti PES League dan eFootball Pro iaitu sebuah pertandingan kelab profesional. Mengikut perancangan ke hadapan, akan menyusul pertandingan e-sukan yang lebih besar.

“Kami merasakan dengan meletakkan nama ‘eFootball’ dalam judul rasmi game, kami melakukan satu kenyataan dan menunjukkan kepada komuniti peminat kami tetapi juga kepada keseluruhan audiens bahawa e-sukan akan menjadi aspek penting dalam masa hadapan game ini,” kata Bobzien.

Namun, perubahan nama terhadap francais ternama ini adalah suatu proses yang rumit. Pengurus ini menerangkan, “Apabila bercakap tentang Pro Evolution Soccer di Eropah, selalunya ia agak sukar dan bila kami berbincang tentang penjenamaan yang kami fikirkan ini, mari kita panggil ‘football’ yang lebih rapat dengan pasaran Eropah. Kami masih lagi menyimpan nama ‘PES’ dalam nama produk kerana kami merasakan nama ini adalah sebahagian daripada warisan. Oleh itu, terbentuklah kombinasi nama eFootball: PES.”

Manchester United kembali ke PES 2020

Konami baru sahaja umumkan pasukan Manchester United rasmi hadir dalam game tahun ini dengan lagenda MU seperti David Beckham dan kemunculan Scott McTominay sebagai duta baru eFootball: PES 2020. Stadium Old Trafford juga membuat penampilan bersama seluruh skuad pasukan lengkap diimbas ke dalam game.

Versi demo mempamerkan jenis perlawanan online dan offline serta Edit Mode bakal dikeluarkan pada 30 Julai. eFootball: PES 2020 bakal dilancarkan pada 10 September 2019 di PS4, Xbox One dan PC.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+