Pemilihan peranti pintar terbaik memainkan peranan penting untuk kita semua terutamanya golongan gamers. Bukan apa, kita mesti nakkan telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game dan yang paling penting, grafik cun habis!"> Pemilihan peranti pintar terbaik memainkan peranan penting untuk kita semua terutamanya golongan gamers. Bukan apa, kita mesti nakkan telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game dan yang paling penting, grafik cun habis!" /> Pemilihan peranti pintar terbaik memainkan peranan penting untuk kita semua terutamanya golongan gamers. Bukan apa, kita mesti nakkan telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game dan yang paling penting, grafik cun habis!" />

Ini sebab pengalaman gaming korang lebih best dengan Samsung Galaxy S23

Pemilihan peranti pintar terbaik memainkan peranan penting untuk kita semua terutamanya golongan gamers. Bukan apa, kita mesti nakkan telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game dan yang paling penting, grafik cun habis!

Samsung baru-baru ini memperkenalkan model seterusnya dalam siri Galaxy iaitu Galaxy S23, lengkap dengan ciri baharu dan spesifikasi yang menarik.

Tak kisah korang suka main game, rakam kenangan dengan kamera yang canggih atau membuka aplikasi media sosial, Galaxy S23 pastinya menjadi peneman para gamers di mana saja. Nak tahu kenapa Galaxy S23 sangat sesuai untuk gaming? Haa jom baca!

Prestasi Flagship

Galaxy S23 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dan ruang penyejukan wap yang dipertingkatkan, tahan lama dan sangat sesuai untuk gaming. Tak perlu risau lagi untuk main Genshin Impact, Mobile Legends dan PUBG Mobile di tetapan tertinggi dalam tempoh lebih lama.

Lebih menarik, peranti Galaxy S23 Ultra hadir dengan paparan berukuran 6.8 inci yang mempunyai permukaan rata untuk keselesaan pengguna.

Ia juga hadir dengan teknologi Adaptive Vision Booster yang menawarkan tiga peringkat pencahayaan berbeza. Jadi selepas ini tiada masalah untuk guna Galaxy S23 di bawah sinaran cahaya matahari.

Selain itu, teknologi ini mengawal cahaya biru dan mengubah kontras serta gamut warna dalam suasana kurang pencahayaan (low light). Sesuai main game tak kira dalam keadaan cahaya apa pun.

Yang membuatkan peranti ini future proof adalah kemampuan AI yang menawarkan pengalaman permainan mudah alih lebih menarik, sesuai untuk mobile game akan datang yang imersif dan grafik lebih canggih.

Kapasiti bateri sebesar 5,000 mAH di Samsung Galaxy S23 Ultra juga bermakna korang tak perlu risau cari plug nak caj peranti apabila bermain game dalam tempoh masa yang lama. 

Fungsi kamera yang hebat 

Bukan hanya gaming, yang menariknya mengenai Samsung Galaxy S23 Ultra juga ialah kamera utama 200MP dilengkapi sensor Adaptive Pixel bagi membolehkan korang mendapat hasil foto yang mantap di mana setiap gambar melalui beberapa peringkat proses resolusi tinggi.

Swafoto kini adalah ‘wajib’ bagi setiap pengguna merakamkan kenangan peribadi bersama kawan-kawan. Jadi korang jangan risau kalau mahu bergambar bersama di lokasi kejohanan e-sukan, terutamanya dalam pencahayaan malap. Kamera 12MP hadir dengan Super HDR bagi mendapatkan hasil bokeh yang baik di waktu malam.

Kamera Galaxy S23 juga dilengkapi dengan 2 kali ganda OIS bermakna setiap video diambil dengan kurang gegaran berbanding model sebelumnya. Ia juga menyokong QHD pada kadar 60fps untuk video lebih jelas dan cantik. Jadi selepas ini, korang tak perlu risau lagi merakam video bersama pemain profesional e-sukan.

Galaxy S23 juga kini hadir dengan ONE UI 5 yang lebih selamat dan hadir dengan pelbagai customizations. Korang juga boleh guna aplikasi Good Lock untuk home dan lock screen bagi mengawal sepenuhnya apa yang ada di Galaxy S23.

Gamers kan suka customize jadi korang tak perlu risau sebab banyak aksesori Galaxy Eco Friends tersedia. Padankan peranti Samsung anda menggunakan rekaan menarik seperti Marvel, Disney dan Star Wars.

Siri Galaxy S23 ini juga lebih menarik jika dipadankan dengan Galaxy Buds2 Pro untuk audio lebih imersif dan Galaxy Watch5 dengan aplikasi Camera Controller.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan siri Galaxy S23 sangat sesuai untuk gamers yang mahukan prestasi terbaik dan pengalaman gaming berpanjangan namun masih boleh bergaya dengan pelbagai aksesori mengikut cita rasa diinginkan.

Jangan lupa klik SINI untuk buat tempahan sekarang!

Layari laman web rasmi Samsung dan Facebook mereka untuk maklumat lanjut.

RELATED NEWS

+