Ini sebab VALORANT lebih mudah daripada CS:GO, menurut Shroud

Siapa sahaja yang bermain CSGO, VALORANT, malah PUBG akan mengenali nama Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud.

Beliau amat berpengaruh dalam komuniti ini kerana sesi strim serta kemahirannya dalam ketiga-tiga permainan ini. Beliau juga mantan pemain dari pasukan Cloud9 CSGO pada tahun 2018 yang meneroka dunia PUBG dan kini beliau aktif di VALORANT.

VALORANT baru sahaja dilancarkan selama setahun dan sudah mendapat ramai pemain aktif.

Namun, para peminat dan pemain seringkali membanding-bandingkan antara CSGO dan Valorant dan persoalan permainan yang manakah lebih mencabar. Shroud sudah menjawab persoalan itu dalam salah satu sesi strimnya.

Shroud menerangkan bahawa VALORANT lebih memfokuskan permainan bersama rakan sepasukan serta peranan masing-masing seperti Duelist, Controller, Initator dan Sentinel.

Beliau menyukai akan penekanan terhadap peranan masing-masing itu.

Sebagai contoh, Duelist dan Initiator akan berganding bahu mendapatkan ruang di tapak Spike, manakala Controller akan memastikan Duelist dan Initiator mempunyai kurang ancaman semasa menembusi barisan pertahanan.

Sentinel pula perlu memfokuskan kemahiran beliau untuk menjaga tapak Spike sesudah Spike diaktifkan atau menghalang pasukan menyerang untuk menembusi tapak Spike

Manakala di CSGO, pemain perlu menghafal balingan smoke dan flash untuk menjadi pemain yang hebat.

Namun, beberapa hari sebelum kenyataan itu, Shroud juga menerangkan bahawa kedua-dua CSGO dan VALORANT masing-masing adalah permainan yang mencabar dalam caranya tersendiri.

“Kedua-duanya sama dalam cara tersendiri. Kedua-duanya adalah permainan mencabar, susah nak cakap mana satu lebih baik,” kata Shroud.

Adakah anda setuju dengan pendapat Shroud? 

RELATED NEWS

+