Ini sebab Xorn mampu bantu bawa pulang pingat untuk Malaysia

Mohammad Zul Hisham atau lebih dikenali sebagai Xorn terpilih untuk mengikuti pasukan Todak mengharumkan nama Malaysia di Sukan SEA Hanoi 2021.

Ramai di antara penyokong, peminat dan netizen mempertikaikan kredibiliti Xorn untuk menjadi pelengkap pasukan Todak memandangkan Yums tidak dapat mengikuti di atas faktor umur.

Namun begitu, Moon menyatakan keputusan untuk mengambil Xorn adalah kerana dia bijak melakukan setup dan mereka sangat gemar dengan corak permainan Xorn.

Antara sebab Xorn mampu membantu Kontinjen Negara untuk memenangi pingat emas adalah:

MEKANIK YANG TINGGI

Boleh dikatakan Xorn mempunyai hero pool yang sangat besar, dia mampu bermain di mana-mana posisi seperti kita lihat baru-baru ini di MPL MY musim ke-9.

Di saat minggu akhir MPL MY, Xorn mempamerkan kebolehannya bermain Karina dan Baxia sebagai jungler.

Walaupun dia kerap bermain di posisi roamer, ia tidak menjadi penghalang buat Xorn untuk menyesuaikan diri ke posisi baru.

Di musim ke-9, statistik Xorn adalah 26 mata bunuh, 55 kematian dan 80 assist sepanjang 16 perlawanan. KDA untuk Xorn adalah 1.9 dan dia kerap menggunakan Chou sebagai hero utama.

BIJAK ‘BUKA’ PETA

Xorn sememangnya bijak membaca peta dan mencari ruang untuk pasukannya mendapatkan objektif. Itu adalah salah satu tugas dan peranan roamer yang sangat penting.

Kebolehan Xorn setup perlawanan tidak perlu disangkal lagi, terutama ketika dia mengguna Chou untuk melakukan Way of The Dragon.

Sepanjang MPL MY musim ke-9, Xorn mempunyai 61% kill participation, 1397 DPM, 482 GPM dan 4970 DTM.

KEMAHIRAN MAKRO 

Seseorang pemain profesional yang hebat adalah kelebihan mereka menggunakan kemahiran makro untuk menentukan kemenangan di dalam sesuatu perlawanan.

Kelebihan yang ada pada Xorn untuk mengira jumlah masa cooldown skill pihak musuh sangat membantu pasukannya. Dia juga bijak mengkaji langkah musuh yang seterusnya dan mengambil peluang itu untuk counter.

Juara MPL MY musim ketiga ini mempunyai sebab dan impian tersendiri untuk mengharumkan nama Malaysia ke pentas Asia. Walaupun kredibilitinya sering dipersoalkan, namun statistik permainan yang ditunjukkan oleh Xorn tidak boleh dipandang rendah. 

Peringkat kumpulan MLBB Sukan SEA Hanoi 2021 akan bermula pada 18 Mei ini. Seterusnya, peringkat akhir akan bermula pada 20 Mei.

Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia untuk membawa pulang pingat emas untuk negara. #DemiMalaysia.

RELATED NEWS

+