Ini semua yang anda perlu tahu tentang Wild Card dan Playoffs MSC 2024

Mid Season Cup (MSC) 2024 akan bermula tidak lama lagi dan kali ini mereka memperkenalkan pusingan Wild Card.

Dianjurkan di Riyadh, Saudi di mana acara ini juga sebahagian dari Esports World Cup (EWC). Pusingan Wild Card MSC 2024 akan bermula dari 28 Jun hingga 30 Jun dan lapan (8) pasukan akan merebut satu slot tunggal untuk ke peringkat kumpulan di mana 15 lagi pasukan akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$3 juta (RM14 juta).

Sebelum ini, MSC 2024 dikenali sebagai Piala MLBB Asia Tenggara (MSC) sebelum dijenamakan semula sebagai Mid Season Cup dengan hashtag #SeeTheWorld

Red Giants Esports dan HomeBois adalah wakil Malaysia di MSC 2024. Bagaimanapun, HomeBois perlu melalui pusingan kelayakan Wild Card dulu sementara RG terus layak ke peringkat kumpulan selaku juara MPL MY S13.

Lapan pasukan akan dipecahkan kepada dua kumpulan bermain pusingan best of 1 (BO1). Perlawanan akan bermula pada jam 11 pagi (GMT+3) pada 28 Jun dan 29 jun.

Setiap pasukan terbaik akan memasuki fasa kedua pada 30 Jun, jam 1 petang (GMT+3) untuk perlawanan best of 5. Juara dari fasa kedua ini akan terus layak ke peringkat kumpul MSC 2024. Tujuh pasukan lain akan disingkirkan.

 

16 pasukan rebut hadiah utama

Di peringkat kumpulan pula, 16 pasukan terbaik termasuk pemenang Wild Card akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan. Dari 3 Julai hingga 7 Julai, setiap kumpulan akan bermain pusingan BO2, di mana dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan Knockout. 

Dua pasukan tercorot dalam kumpulan masing-masing akan tersingkir.

Pasukan teratas dari setiap kumpulan akan melawan dua pasukan teratas dari kumpulan lain untuk pusingan Knockout. Setiap perlawanan dimainkan dalam format BO5, bermula jam 11 pagi (GMT+3) setiap hari. Hanya grand final dimainkan dalam B07 pada 14 Julai, jam 1 petang (GMT+3).

Selain itu, MOONTON juga mengeluarkan skin Valentina Dark Nexus baharu dan ganjaran lain dalam permainan.

Siapkan kesemua tugasan untuk mendapatkan skin ini secara percuma dan 26 Jun hingga 16 Julai.

Pemain juga boleh membeli MSC Treasure Box dan menerima hadiah seperti Inspiring Flag. Aktifkan flag ini untuk mendapatkan lebih MSC coins pada akhir permainan.

 

Banyak lagi info boleh didapati di laman sosial Facebook MLBB.

RELATED NEWS

+