“Ini yang Hero Himmel akan buat,” – Otaku Taiwan hentikan serangan bersenjata

Seorang lelaki Taiwan baru-baru ini berjaya menghentikan satu serangan bersenjata menggunakan pisau di dalam keretapi di bandar Taichung.

https://scontent-kul2-2.xx.fbcdn.net/v/t39.30808-6/446804867_1037813064366935_3974218864403870578_n.jpg?stp=cp6_dst-jpg&_nc_cat=100&ccb=1-7&_nc_sid=5f2048&_nc_ohc=pcrKAbsKIuoQ7kNvgGMyipg&_nc_ht=scontent-kul2-2.xx&oh=00_AYAW2vgpKHYAJKR0ouU-JddzxKBjq-pPzyaSifwPa57hCg&oe=666DA52C

Dia mengatakan seorang hero anime menjadi inspirasi dan penyebab dia nekad untuk membantu hentikan serangan itu.

Hsu Rui-hsian adalah salah seorang daripada 17 individu yang membantu untuk menghalang serangan dari seorang lelaki yang menggunakan pisau.

“Jika perkara ini berlaku lagi, saya tetap akan membuat perkara yang sama,” ujar Hsu yang juga seorang jurulatih kecergasan dan juga seorang powerlifter.

Frieren: Who Is Himmel? Everything You Need to Know About the Original Hero!

“Ini yang hero Himmel akan buat,” tambahnya lagi sambil memetik petikan popular dari anime Frieren: Beyond Journey’s End.

Menurut Taipei Times, tiga penumpang dan penyerang itu cedera dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.15 pagi, 21 Mei lepas.

Kejadian ini juga terjadi pada ulangtahun ke-10 satu kejadian serangan pisau yang sama di Taipei dulu.

Hsu juga tercedera di muka ketika bergelut dengan penyerang itu.

Dia berjaya melucutkan senjata penyerang itu dan menahan penyerang itu sambil dibantu beberapa penumpang lain.

Penyerang itu kini direman dan dibawah pemantauan polis.

Tiba lama selepas itu pada 4 Jun lepas, Datuk Bandar Taichung Lu Shiow-yen memanggil semua yang membantu dan menggelar mereka wira.

May be an image of 7 people and text

Beliau mengalungkan anugerah kepada setiap yang membantu.

Setiap wira dianugerahkan NT$ 20,000 (RM3,000) dan juga diberikan tambang percuma seumur hidup menggunakan keretapi Taiwan.

Ketika anugerah itu Hsu datang dengan memakai haori atau jaket tradisional Jepun Monster Hunter.

“Otaku tidaklah seburuk yang disangka orang lain,” ujar Hsu ketika anugerah itu.

Sebenarnya frasa “Ini yang hero Himmel akan buat,” adalah frasa yang selalu digunakan oleh karakter Frieren dan rakan-rakan seperjuangannya dalam anime itu.

Himmel ada seorang hero yang akan selalu membuat perkara yang baik hati tetapi terlalu baik sehingga selalu dipersoalkan oleh rakan-rakan party .

Sejak mengatakan frasa itu Hsu kini viral di serata dunia terutamanya di Twitter (X).

RELATED NEWS

+