membubarkan pasukan Mobile Legends mereka dan melepaskan kesemua pemain yang ada."> membubarkan pasukan Mobile Legends mereka dan melepaskan kesemua pemain yang ada." /> membubarkan pasukan Mobile Legends mereka dan melepaskan kesemua pemain yang ada." />

Inikah roster Rebellion Genflix? Pencabar baru MPL Indonesia musim kelapan

Rebellion Genflix, sebuah pasukan yang baru sahaja menempah slot untuk menggantikan pasukan Genflix Aerowolf baru-baru ini di MPL ID musim kelapan. Genflix Aerowolf baru sahaja membubarkan pasukan Mobile Legends mereka dan melepaskan kesemua pemain yang ada.

Pada peringkat awal, terdapat khabar angin mengatakan banyak pasukan yang mahu berkerjasama dengan Genflix bagi mendapatkan slot untuk MPL Indonesia musim kelapan. Antaranya adalah Siren Esports, Dewa United dan juga GPX.

Namun begitu, pasukan Rebellion berjaya menyakinkan Genflix untuk berkerjasama seterusnya menjadi penentang baru di dalam MPL ID kali ini. Mereka masih tidak mendedahkan kesemua roster mereka dan masih menjadi tanda tanya buat netizen.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Melalui perkongsian dari emak_moba, boleh dikatakan kita sudah dapat memastikan siapakah gerangan pemain baru yang akan bertanding di MPL ID kali ini. Pemain baru ini sudah menukarkan bio di akaun Instagram mereka dengan meletakkan nama pasukan Rebellion di hadapan.

Mereka adalah Sugar, Birul, Huba dan Val. Kita akan mendapat gambaran penuh tentang pemain baru ini apabila diumumkan secara rasmi tidak lama lagi. Adakah roster baru ini akan memberikan tentangan kepada 7 pasukan yang sudah lama berkecimpung di dalam MPL Indonesia ini? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+