Inilah barisan pemain Blacklist International MPL PH S10, V33Wise kembali

Pasukan Blacklist International benar-benar tidak terkalah ketika mereka bermain bersama duo V33Wise.

Pencapaian ini dapat dilihat ketika mereka menjadi juara Kejohanan Dunia M3  dan juga membawa pulang pingat emas Sukan SEA 2021.

Kini, mereka mengumumkan barisan pemain untuk MPL PH musim ke-10. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Blacklist International (@blacklistintl)

Duo V33Wise kembali lagi untuk musim kali ini. Nampaknya pasukan Blacklist International ingin mengangkat piala ketiga MPL PH.

Terdahulu, mereka tidak berjaya layak ke peringkat playoff oleh kerana V33Wise mengumumkan mereka berdua akan berehat untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Ianya sekaligus menghentikan pasukan ini dari bermain di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022.

Adakah pasukan Blacklist International akan kembali bersinar di musim kali ini memandangkan duo V33Wise kembali di dalam pasukan mereka? Kita bakal saksikan.

Sumber: Blacklist International

 

RELATED NEWS

+