melayakkan diri ke Overwatch World Cup iaitu sebuah pertandingan kompetitif rasmi Overwatch yang dianjurkan oleh Blizzard."> melayakkan diri ke Overwatch World Cup iaitu sebuah pertandingan kompetitif rasmi Overwatch yang dianjurkan oleh Blizzard." /> melayakkan diri ke Overwatch World Cup iaitu sebuah pertandingan kompetitif rasmi Overwatch yang dianjurkan oleh Blizzard." />

Inilah Barisan Pemain & Jurulatih Rasmi Mewakili Malaysia Ke Overwatch World Cup 2019

Malaysia telah berjaya melayakkan diri ke Overwatch World Cup iaitu sebuah pertandingan kompetitif rasmi Overwatch yang dianjurkan oleh Blizzard.

Setelah sebulan pengumuman dibuat, ramai menantikan siapakah pemain Overwatch Malaysia terbaikyang bakal mewakili ke Overwatch World Cup. Berikut adalah barisan pemain rasmi Team Overwatch Malaysia yang bakal mewakili negara ke persada antarabangsa:

Kredit gambar: FB Team Overwatch Malaysia

7 pemain terpilih ini dibahagikan mengikut fungsi ‘Role Lock’ yang baru sahaja diperkenalkan oleh pembangun bagi mengimbangkan komposisi kepada Tank, Support dan Damage.

Jawatankuasa Pasukan Overwatch Malaysia juga mengumumkan ketua jurulatih baru yang bakal memimpin 7 pemain ini dan ia disandang oleh Sogeking233 yang menggantikan tempat RagenOCE.

Overwatch World Cup 2019 adalah kejohanan antarabangsa menyaksikan 47 negara termasuk Malaysia bertanding untuk menjulang trofi juara yang bakal berlangsung di BlizzCon 2019 pada 1 hingga 2 November 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang pasukan Overwatch tanahair kita, korang boleh ikuti laman FacebookTwitter dan Discord rasmi pasukan Malaysia ke Overwatch World Cup 2019.

Kredit logo pasukan: FB Team Malaysia Overwatch World Cup 2019

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+