Inilah barisan pemain MLBB Indonesia untuk Sukan SEA

Sukan SEA yang ke-31 di Hanoi, Vietnam akan berlangsung pada Mei ini. Namun, Malaysia masih belum mengumumkan barisan pemain MLBB mereka. 

Negara jiran iaitu Indonesia sudah mempunyai nama-nama yang akan mewakili negara mereka. Pengumuman itu dibuat di dalam satu perkongsian laman Instagram milik @emak_moba.

Pasukan Indonesia itu akan diwakili oleh:

  • Alberttt
  • Sanz
  • CW
  • Kiboy
  • Vyn
  • R7
  • Luminaire

Seperti kita sedia maklum, negara Indonesia mempunyai divisi MLBB yang sangat kuat dan mereka pernah menjuarai Kejohanan Dunia M1 satu ketika dahulu.

Adakah barisan pemain ini bakal memberikan saingan hebat di Sukan SEA nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+