Inilah dia juara Level Up KL Ejen Ali Agents’ Arena Tournament 2021, semua pemain berusia 15 tahun

Akhirnya, sudah terjawab siapa juara pertama Kejohanan E-Sukan Level Up KL Ejen Ali Agents’ Arena 2021.

Ia dimenangi oleh Rusuh Gank yang terdiri daripada tiga remaja berusia hanya 15 tahun dari Kedah.

Megat Ahmad Muizzuddin Megat Ismail Bashir sebagai muzOP selaku kapten pasukan, Muhammad Shafi bin Soffian sebagai Kazuya dan Muhammad Syamil Mohamad Sayuthi sebagai Wannnnchuk.

Sepanjang pertandingan Rusuh Gank kekal mendominasi keseluruhan pertandingan lantas mengalahkan pasukan Toska Team 3-0 di perlawanan akhir.

MuzOP di pertandingan dikenali sebagai pengguna Khai terbaik. Kazuya pula menunjukkan kehebatan dengan Ejen Ali terbaik.

Tidak lupa Wannnnchuk yang menjadi pengguna carry terbaik dengan Alicia.

Jom kita dengar beberapa soalan yang ditujukan kepada Juara Pertama Ejen Ali Agents’ Arena:

1. Apa perasaan anda semua apabila buat julung kalinya menjadi juara pertama untuk Ejen Ali Agents’ Arena

MuzOP: Perasaan saya sekarang ini saya rasa sangat teruja walaupun banyak cabaran yang dihadapi berlawan dengan pasukan lain yang kuat. Terima kasih juga kepada pasukan lain yang banyak memberi saingan terhebat terhadap kami.

2. Bagaimanakah persiapan Rusuh Gank untuk tournament ini?

Pasukan kami banyak membuat kajian dan latihan untuk mencari segala taktik untuk melawan pasukan lain. Kami juga banyak menyertai scrimage yang sudah dibuat banyak kali sebelum ini di Discord Ejen Ali.

3. Apa yang pasukan anda akan buat dengan duit kemenangan? Ada perancangan?

“Saya akan menggunakan duit kemenangan itu untuk sedekah dan juga simpan untuk kegunaan belajar nanti,” ujar MuzOP.

“Saya mungkin akan membeli telefon baru kerana keadaan telefon saya sekarang ini tidak begitu baik.” kata Kazuya pula

“Saya pula akan menyimpan untuk masa hadapan nanti dan masih tidak tahu lagi apa yang saya akan buat dengan wang tersebut,” kata Wannnnchuk.

4. Jika ada lagi tournament akan datang adakah anda akan sertai lagi dan diberi peluang menjadi pasukan profesional e-sukan Ejen Ali?

Sudah pasti kami akan menyertai lagi pertandingan Agents’ Arena yang akan datang untuk mempertahankan kejuaraan kami. Jika diberi peluang berkemungkinan kami akan menerima peluang ini.

5. Apa lagi perubahan dan penambahbaikan yang anda mahu untuk Ejen Ali Agents’ Arena?

Apa yang kami mahukan adalah untuk pencipta membuang satu batu atau tiang di Zon kerana banyak tersangkut.

Kami juga berharap Ejen Ali akan menambah jumlah pasukan ke 4 orang satu pasukan seiring dengan cerita Ejen Ali yang mempunyai empat teras. Ejen baru juga semestinya perlu ditambah lagi untuk merancakkan lagi meta.

6. Ejen mana lagi yang anda mahu untuk dimasukkan ke dalam Agents’ Arena?

Kami mahukan Ejen Chris dan Ejen Zas untuk menjadi karakter seterusnya dimasukkan ke dalam Ejen Ali Agents’ Arena. Ejen Chris mungkin boleh menggunakan keris untuk berlawan.

Ejen Zas pula disebabkan kelajuannya sebagai ejen INVISO.

—-

Sekali lagi kami mahu mengucapkan tahniah kepada Rusuh Gank menjadi juara pertama Kejohanan E-Sukan Ejen Ali Agents’ Arena.

Anda boleh muat turun Ejen Ali Agents’ Arena di iOS dan juga Android.

Kejohanan ini diadakan seiring dengan penganjuran Festival Kreativiti Digital Malaysia 2021 (MYDCF) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Sebanyak RM10,000 hadiah terkumpul dipertandingkan yang mana pemenang memperoleh RM5,000.

RELATED NEWS

+