Inilah jadual peringkat kumpulan Piala Presiden Esports 2021

Piala Presiden Esports 2021 kini sudah selesai peringkat kelayakan terbuka dan tertutup. Pasukan yang berjaya mara adalah BTR dari kelayakan terbuka manakala pasukan Alter Ego, RRQ Sena dan juga Aura Fire dari kelayakan tertutup.

Kini Piala Presiden sudah mengumumkan jadual peringkat kumpulan. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka. 

Pemenang akan mendapat tiga mata, seri mendapat satu mata dan pasukan yang kalah tidak akan dapat mata di dalam format best of two. Bagi pasukan yang mendahului dua kedudukan teratas akan layak ke peringkat main event.

Pertandingan ini akan dimulakan pada 1 Disember sehingga 5 Disember ini. Kumpulan manakah yang mempunyai stack yang lebih kompetitif bagi anda? Nyatakan di ruangan komen.

Piala Presiden Esports 2021 adalah salah satu kejohanan dari pemerintah untuk menghargai barisan pemain profesional di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.

Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi pengaruh e-sukan di Indonesia itu sendiri.

Foto dan sumber: Piala Presiden Esports 2021

RELATED NEWS

+