Jadual peringkat kumpulan MLBB Sukan SEA kini didedahkan. MPL ID memuat naik satu hantaran di Instagram rasmi mereka.
*Setiap perlawanan akan lewat 1 jam (waktu Malaysia)
View this post on Instagram
Pasukan negara akan bertemu dengan pasukan Filipina di perlawanan pertama pada hari pertama MLBB Sukan SEA.
Seterusnya mereka akan bertemu Myanmar pada waktu malam dan juga Laos. Dua pasukan teratas di kumpulan A dan B akan berjaya ke peringkat upper bracket final.
Sementara itu, pasukan kedua yang mempunyai mata tertinggi akan bermain di lower bracket dan masih mempunyai peluang untuk menjadi juara.
Format pertandingan di peringkat kumpulan ini adalah best of two. Tiga mata akan diberikan kepada pemenang yang berjaya mendapatkan skor 2-0, satu mata jika seri dan sebarang mata tidak diberikan jika mengalami kekalahan 2-0.
Ini pula jadual pertandingan hari kedua:
View this post on Instagram
Mari kita sama-sama berikan sokongan kepada pasukan negara untuk perlawanan mereka.
Doa yang diiringi bersama kontinjen negara akan memudahkan mereka membawa pingat emas untuk Malaysia. #DemiMalaysia.
Sumber: MPL ID, Liquidpedia MLBB
Foto: Ciku