Inilah Juara-Juara Mobile Legends, PUBG Mobile Dan CS:GO Open Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Tengah

Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Zon Selatan berlangsung dengan jayanya pada 5 dan 6 Oktober di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik seperti main game percuma, persembahan artis, wacana pendidikan dan cabutan bertuah menanti begitu ramai pengunjung yang menghadiri universiti ini.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu lepas iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Kategori Terbuka CS:GO.

 

Mobile Legends: Bang Bang

Johan – Ultra Instinct (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Naib Juara – Team Pyro (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)

 

Tempat ketiga: 7th generation (Universiti Malaya)

——

Tempat keempat: BOI (Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur)

 

PUBG Mobile

Juara: MSU | KUDA  (Management And Science University (MSU))

Naib Juara – IIUM MUSTANG  (International Islamic University Malaysia (IIUM))

Tempat ketiga: BRUTAL SQUAD (Kolej Vokasional Kajang)

——–

Tempat keempat: MADNESS ESPORTS (Universiti Kebangsaan Malaysia)

 

Kategori Terbuka CS:GO

Juara: Mohd Syazwan Mohd Hanafie (Wanro), dua dari kiri dan Naib Juara, Muhammad Adam Muhammad Nazri (FrostyZ), paling kanan

Setiap juara ini kecuali CS:GO Open akan berentap di pentas Grand Final dan bakal berentap di The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November ini dan yang paling menarik, penerbangan mereka akan ditaja oleh Malindo Air dan Hotel Royale Chulan bagi penginapan untuk atlet-atlet yang layak.

———

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul RM180,000 di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+